Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 November, 2010

Bangunkan Engkilili dengan konsep 1Engkilili! - Rayong


Caption: 1 ENGKILILI! Rayong (tengah) bersama Sibat (kanan), Maweng (kiri) dan ahli jawatankuasa yang lain menunjukkan simbol 1Engkilili ketika berlangsungnya mesyuarat itu.


ENGKILILI, Sabtu (20 Nov) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berjanji akan terus menjayakan perlaksanaan konsep 1Engkilili selepas ini.

Beliau ketika berucap ringkas pada Majlis Pertemuan Bersama Ahli Jawatankuasa Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Engkilili baru-baru ini yakin bahawa konsep 1Engkilili ini kelak dapat menyatupadukan semua penduduk di sini dari masa ke semasa.

“Dengan adanya perlaksanaan konsep 1Engkilili, saya yakin semua penduduk di sini kelak dapat disatukan di bawah satu bumbung kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak yang diteraju oleh Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud,” katanya.

Rayong juga yakin bahawa Engkilili akan pesat membangun selepas ini dengan adanya penyatuan penduduk di bawah bumbung kerajaan BN menerusi perlaksanaan konsep berkenaan.

Beliau menerusi konsep 1Engkilili ini berjanji akan berjuang untuk membangunkan hidup penduduk dalam kawasannya seperti penyediaan kemudahan bekalan elektrik luar bandar, bekalan air bersih, jalan raya dan banyak lagi.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Pehin Sri Taib dan juga Presiden SUPP, Datuk Patinggi George Chan bersama barisan pemimpin yang lain kerana telah menerima kemasukan saya dalam BN sebelum ini.

“Penyertaan saya dalam BN akan membolehkan kawasan DUN Engkilili berubah wajah pada masa akan datang. Manfaatnya akan diterima oleh semua penduduk DUN Engkilili menjelang tahun 2020 kelak,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi SUPP cawangan Engkilili, Kanselor Sibat anak Krutap, Setiausaha SUPP cawangan Engkilili, Kanselor Nyambong anak Maweng dan ahli jawatankuasa SUPP yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment