Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 November, 2010

Abang Naim sahut seruan sambutan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan



Caption: TEKUN...Abang Naim bersama isteri dan anaknya ketika menanam Bunga Raya sebagai langkah menyokong sambutan 50 tahun Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan di rumahnya kelmarin.

SIMUNJAN, Khamis (11 Nov) – Sambutan 50 tahun Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan seperti yang dilancarklan oleh Yang Dipertuan Agong pada 30 September lepas nyata mendapat sambutan penduduk di negeri ini khasnya dalam kawasan Simunjan.

Sambutan terhadap kempen ini telah disahut oleh Keluarga Abang Naim Abang Pauzi yang bertindak memilih Bunga Raya sebagai tanaman utama bagi menghijaukan landskap rumahnya di Taman Hijrah, Simunjan.

Naim, yang telah bersara dari perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan di Majlis Daerah Simunjan memilih Bunga Raya untuk menghijaukan landskap rumahnya memandangkan tumbuhan terbabit mudah dibiak selama ini.

“Saya memilih Bunga Raya (Hibiscus Rosa-Sinensis) untuk dijadikan sebagai salah satu tanaman hiasan memandangkan ia mudah dibiak dan sering berbunga untuk sepanjang tahun.

“Lagipun Bunga Raya tumbuh dalam pelbagai jenis warna yang menarik. Justeru saya menganggap tanaman ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu elemen yang perlu ada bagi menyerikan landskap rumah,” katanya.

Selain beliau juga pernah berkhidmat dalam bidang pengindahan bandar di MDS menganggap aktiviti seni taman sebagai salah satu hobi yang boleh mengurangkan tekanan jiwa selama ini.

Malah seni taman menurut Naim boleh menyihatkan tubuh badan menerusi aktiviti aktiviti menanam tumbuhan hiasan di kawasan rumah masing-masing pada waktu pagi atau petang.

“Justeru saya mencadangkan pihak Majlis Daerah Simunjan untuk menanam lebih banyak Bunga Raya di kawasan Pekan Simunjan demi menyerikan lagi landskap pekan ini di masa akan datang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment