Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 November, 2010

97 guru besar hadir mesyuarat pra sekolah di Sibu


Caption: SERIUS...Sebahagian daripada para guru besar dari kawasan Betong dan Saratok yang menyertai mesyuarat berkenaan baru-baru ini.

Oleh Saleman Senin

SRI AMAN, Isnin (8 Nov) – Jabatan Pelajaran Sarawak telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Prasekolah bagi Guru Besar di bawah Sub NKRA Prasekolah di sebuah hotel di Bandar Sibu baru-baru ini.

Kenyataan berita yang dikirim ke mail elektronik Utusan Sarawak kelmarin memberitahu mesyuarat berkenaan telah membabitkan seramai 97 orang guru besar dari 47 buah sekolah rendah dalam kawasan Betong dan 50 buah sekolah dalam kawasan Saratok.

“Mesyuarat yang dikendalikan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Betong dan PPD Saratok ini bertujuan untuk mengetengahkan guru besar terhadap tanggungjawab ketika menyelaraskan pengurusan kelas prasekolah di peringkat sekolah dan jabatan selepas ini.

“Turut terkandung dalam mesyuarat ini ialah perancangan pengurusan kelas prasekolah yang wajib diketahui oleh guru besar sebagai panduan dalam mengendalikan urusan di prasekolah selepas ini,” kata Pengelola kursus Yusof Anthony bin Ross menerusi kenyataan berkenaan.

Selain itu mesyuarat terbabit katanya juga menekankan komitmen guru besar untuk mempastikan urusan di kelas-kelas prasekolah sentiasa teratur dan mengikut prosedur yang telah digariskan oleh kementerian menerusi Standard Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (SKPK).

Malah kata Yusof asepk pengurusan dan fokus kelas prasekolah juag diberi penekanan untuk tujuan kemenjadian murid prasekolah sebelum melangkah ke alam kelas formal di tahun satu pada masa akan datang.

“Isu terbabit perlu diberi perhatian sewajarnya. Pemantauan terhadap sesi pembelajaran dikelas wajib dilakukan oleh setiap guru besar agar kelas seumpama itu tidak diwujudkan secara sia-sia selepas itu,” katanya.

Terdahulu mesyuarat ini turut dikendalikan oleh pegawai daripada Jabatan Pelajaran Sarawak bersama dengan pegawai jemputan khas dari beberapa buah PPD lain dalam membentangkan beberapa perkara berkaitan tentang pengurusan kelas terbabit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment