Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 November, 2010

60 peserta terlibat dalam Bengkel Pengacara Majlis di Betong


Caption: UNTUK ALBUM...Dr Anthony (tengah) sambil diapit oleh Easkandar (kiri) ketika merakamkan gambar kenangan bersama para peserta sebaik sahaja tamat bengkel berkenaan .


BETONG, Sabtu (6 Nov) – Pejabat Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (PPSU) Bahagian Betong telah menganjurkan Bengkel Pengacara Majlis Peringkat Lanjutan Bahagian Betong di sini baru-baru ini.

Pegawai Penguasa PPSU Betong, Easkandar Nazim Haji Mohd Estern berkata bengkel yang berlangsung selama tiga hari di Bilik Mesyuarat, Dewan Panglima Rentap Betong itu menyaksikan seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), JKKK dan agensi dari sekitar kawasan ini.

“Bengkel ini adalah salah satu peringkat lanjutan yang julungkalinya diadakan di sini bagi menampilkan juruacara sedia sebagai persediaan mereka untuk mengendalikan majlis rasmi jabatan kerajaan atau NGO.

“Kesemua peserta telah pun didedahkan dengan sesi teori dan praktikal yang dikendalikan oleh pengacara majlis berpengalaman iaitu Mohd Arif Azahari ketika berlangsung bengkel selama tiga hari berkenaan,” menurut beliau.

Beliau turut menambah bahawa kesemua peserta harus mempunyai sijil asas pengacara atau mempunyai pengalaman dalam mengendalikan sesebuah majlis sebelum dibenar untuk menyertai bengkel berkenaan.

Terdahulu Timbalan Residen Betong, Dr Anthony Valentine Laiseh ketika berucap merasmikan bengkel berkenaan memanfaatkan sepenuhnya pengetahuan baru yang mereka perolehi menerusi bengkel berkenaan.

“Justeru saya berharap agar kesemua para peserta bengkel berkenaan dapat menjadi juruacara yang berkesan terhadap audien ketika mengendalikan sesebuah majlis rasmi selepas ini,” menurut beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment