Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 November, 2010

50 budak budak sri aman disunat


Caption: RASMI...Simoi sedang membuka pili air bomba bagi menyempurnakan upacara perasmian majlis iaitu sambil dibantu oleh kakitangan bomba Sri Aman.

SRI AMAN, Isnin (22 Nov) - Seramai 50 orang kanak-kanak dari sekitar kawasan Sri Aman menyertai Majlis Berkhatan Beramai-Ramai yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Hilir, Sri Aman pagi hari Sabtu lepas.

Ia diadakan bersempena dengan Program Satu Malaysia Untuk Keluarga anjuran Jawatankuasa Surau Kebahagian Kampung Hilir dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga kawasan Sri Aman.

Ahli Dewan Undangan Negeri Lingga, Hajah Simoi Peri ketika merasmikan majlis itu berharap agar ia dapat diteruskan pada tahun akan datang demi menarik penyertaan anak-anak dalam majlis seumpama itu selepas ini.


Majlis berkhatan seumpama ini juga tidak terhad kepada lain-lain kaum di sini selagi ia berfungsi dalam memperkukuhkan lagi kerharmonian antara masyarakat berbilang kaum di Sri Aman,” katanya.

Simoi pada majlis itu juga menyeru badan bukan kerajaan, persatuan, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung untuk berganding bahu dalam menganjurkan pelbagai program yang boleh membentuk golongan masyarakat penyayang dan harmonis.


Ia sekaligus menurut beliau dapat mengelak daripada berlakunya pelbagai masalah sosial terutama sekali yang sering membabitkan golongan kalangan generasi muda pada masa sekarang.


”Justeru saya berharap agar adat berkhatan ini dapat mewujudkan nilai perpaduan yang lebih kukuh dikalangan masyarakat kaum dalam kawasan Sri Aman pada masa akan datang,” katanya.

Tamat

No comments:

Post a Comment