Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 November, 2010

4 mati dalam dua kemalangan berbeza

Pemuda dari Padawan terbunuh dalam kemalangan di Sedarat.

Harry Kuhoe

Abang Morni bin Abang Sepawi

Wan Malik bin Wan Oya


Caption:

1. NGERI...Kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mangsa rosak teruk setelah berlanggar dengan treller di Betong hari ini.

BETONG, Khamis (18 Nov) – Tiga orang kakitangan kerajaan dari Bandar Sri Aman terbunuh setelah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitshubishi Triton yang dinaiki oleh mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 65, Jalan Sri Aman / Sarikei sekitar jam 10 pagi hari ini.

Mereka yang terbunuh dalam kemalangan terbabit ialah Wan Malik bin Wan Oya, 44, dari Kampung Hilir, Sri Aman, Abang Morni bin Abang Sepawi, 52, dari Kampung Hilir Sri Aman dan Harry Kuhoe, 43, dari Kampung Sungai Rimu, Serian.

Sumber memberitahu ketiga–tiga orang mangsa sedang dalam perjalanan menuju ke Betong dari arah Sri Aman bagi tujuan urusan rasmi sebelum kenderaan mereka dipercayai berlanggar dengan sebuah kenderaan treller yang datang dari arah Sarikei.

“Kemalangan maut ini berlaku kira-kira 500 meter dari simpang masuk menuju ke Betong. Kenderaan yang dinaiki oleh tiga orang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan treler terbabit,” kata sumber sambil menambah ketiga-tiga mayat mangsa telah pun dihantar ke Hospital Bahagian Sri Aman bagi tujuan bedah siasat.

Sementara itu seorang lelaki berusia 25 tahun dari kawasan Padawan, Kuching juga terbunuh dalam kemalangan yang berlaku di kilometer 42, Jalan Sri Aman / Betong dipercayai berlaku kira-kira 10 minit sebelum kemalangan di simpang Betong berkenaan.

Mangsa dipercayai bersama seorang rakannya sedang dalam perjalanan menuju ke Bintulu dari arah Kuching dengan menggunakan kenderaan jenis Toyota Vios sebelum berlakunya kemalangan itu.

“Kenderaan yang dinaiki oleh mangsa berlanggar dengan sebuah bas ekspress yang datang dari arah Betong. Mangsa dipercayai terbunuh di tempat kejadian manakala rakannya dipercayai cedera parah,” kata sumber.

Hujan dilaporkan turun dalam kawasan Bahagian Sri Aman bermula jam 5.40 pagi hari ini dan dipercayai menjurus kepada berlakunya kemalangan di kedua-dua kawasan berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment