Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 November, 2010

330 penduduk dapat agihan daging lembu korban


Caption: SEDIA...Harden (berdiri tengah) ketika bersama penduduk Kampung Muhibah sebelum bermula kerja penyembelihan lembu bagi tujuan korban hari ini.

SRI AMAN, Ahad (14 Nov) - Sejumlah 330 penduduk dari sembilan buah taman perumahan dalam bandar Sri Aman menerima agihan berupa daging lembu bersempena dengan sambutan Perayaan Hari Raya Aidiladha 2010.


Usaha pengagihan daging lembu korban ini telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Syakirin, Kampung Muhibbah Sri Aman dengan kerjasama daripada lain-lain pihak menerusi Program Korban sempena sambutan Perayaan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

Untuk menjayakan usaha terbabit dua ekor lembu yang disumbangkan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis sebelum ini telah di’korban’kan menerusi majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi hari ini di perkarangan masjid berkenaan.

Kerja penyembelihan lembu terbabit telah dilakukan oleh para ketua kaum dari Kampung Muhibbah iaitu KK Sarkawi Haji Morshidi, KK Mazelan Ani, KK Haji Li Sohor, KK Haji Joli Ramli, KK Haji Mijon Mitai dengan kerjasama Pengerusi KRT RPR Sri Aman, Suhaili Haji Abang Abu Samy dan KK Taman RPR II, Abdul Karim Haji Mas Atem.

Pengerusi Pengurusan Masjid Darul Syakirin Kampung Muhibbah Sri Aman, Abang Ahmad Yak yang hadir sama bagi tujuan itu turut terlibat dalam menyempurnakan kerja penyembelihan lembut terbabit pada jam 8.00 pagi.

KK Taman RPR II, Abdul Karim Haji Mas Atem ketika ditemui memberitahu seekor lagi lembu yang disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga iaitu Hajah Simoi binti Haji Peri akan di’korban’ ketika berlangsungnya Perayaan Hari Raya Aidiladha kelak.


Terdahulu Harden telah tiba di Masjid Darul Syakirin, Kampung Muhibbah Sri Aman untuk menyempurnakan Majlis Pengagihan Daging Lembu bersempena Perayaan Hari Aidiladha bertempat di situ pada jam 9.30 pagi.


Majlis Pengagihan Daging Lembu anjuran Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Syakirin Kampung Muhibbah Sri Aman turut dihadiri oleh Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bagi Sri Aman iaitu Vincent Roy Muda dan Penghulu Haji Abdul Samad Haji Abdul Rahim.



Tamat

No comments:

Post a Comment