Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 November, 2010

32 calon UPSR 2010 di Betong dapat 5A dlm semua subjek

BETONG, Khamis (11 Nov) – Seramai 694 orang murid dari 47 buah sekolah rendah dalam kawasan Betong mencatatkan keputusan lulus penuh bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 seperti yang diumumkan hari ini.

Jurucakap Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Betong menerusi kenyataan beritanya memberitahu peratusan kelulusan penuh bagi UPSR 2010 ini telah meningkat iaitu 53.9 peratus berbanding 50.3 peratus bagi UPSR tahun lepas.

“Daripada 1,285 orang calon murid yang menduduki UPSR pada tahun 2010, seramai 32 orang murid itu telah memperoleh gred A bagi semua matapelajaran UPSR kali ini,” menurut kenyataan berkenaan.

Selain itu kenyataan terbabit turut memberitahu bahawa sejumlah tiga buah sekolah rendah dalam kawasan Betong mencapai kelulusan 100 peratus dalam UPSR Tahun 2010 antaranya ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Passa Betong, SK Saint Bartholomiew Betong dan SK Saint Mark Betong.

SK Nanga Gayau Betong katanya memperoleh sejumlah 93.8 peratus kelulusan penuh bagi UPSR tahun ini berbanding 48.6 peratus bagi UPSR tahun lepas dengan tiga orang muridnya memperoleh keputusan 5A.

“Malahan SK Tambak Pusa, Betong turut memperoleh sejumlah 91.7 peratus kelulusan penuh murid bagi UPSR tahun ini berbanding dengan 87.1 peratus untuk UPSR bagi tahun 2009 dengan seorang muridnya mendapat 5A.

“Akhir sekali ialah SK Abang Abdul Kadir Betong mendapat sejumlah 70.3 peratus lulus penuh bagi UPSR tahun ini berbanding 66.7 peratus bagi keputusan UPSR tahun lepas dengan 10 orang muridnya mendapat keputusan 5A,” menurut kenyataan itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment