Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 October, 2010

Wanita penyumbang pertukaran budaya


Caption: ERATKAN HUBUNGAN...Rombongan PPWS Sri Aman bergambar kenangan ketika memeriahkan sambutan raya di kediaman Saniah baru-baru ini.


SRI AMAN, Isnin (18 Okt) – Wanita turut memainkan peranan penting dalam mengalakkan amalan perkongsian budaya antara penduduk berbilang kaum dalam kawasan Sri Aman dari masa ke semasa.


Pengerusi Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Kawasan Sri Aman, Nur Khadijah berkata penglibatan mereka amat penting memandangkan golongan wanita aktif dalam menjayakan sesebuah program kebudayaan selama ini.

“Misalannya PPWS Kawasan Sri Aman telah merancakkan lagi amalan perkongsian budaya ini dengan mengadakan lawatan dan rumah terbuka sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri di rumah kalangan ahlinya.

“Aktiviti ini membabitkan ahli berbilang kaum dalam PPWS Kawasan Sri Aman. Dengan adanya aktiviti seperti ini amalan perkongsian budaya akan dapat diwujudkan pada perayaan utama lain-lain kaum di masa akan datang,” menurut beliau.

Khadijah berkata demikian ketika bersama rombongan memeriahkan suasana sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman Pengerusi PPWS Pangkat Stumbin, Saniah Solhi baru-baru ini.

Selain itu beliau juga berharap agar amalan perkongsian budaya dapat mewujudkan hubungan perpaduan yang lebih utuh dikalangan penduduk berbilang kaum dalam kawasan Sri Aman.

“Ia sekaligus menyumbang kepada pembangunan mantap negara dengan adanya kewujudan politik yang stabil hasil daripada hubungan perpaduan yang kukuh antara penduduk berbilang kaum di sini.

“Justeru saya berharap agar kesemua ahli PPWS di Sri Aman memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan amalan perkongsian budaya berkenaan selaras dengan perlaksanaan Konsep 1Malaysia selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment