Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 October, 2010

Tukar kerajaan bukan perkara mudah - Mong


Caption: UNTUK ALBUM...Mong (empat kanan) dan Selimin (tengah) bergambar kenangan bersama ketua kaum di sini selepas tamat majlis berkenaan.

SRI AMAN, Isnin (18 Okt) – Peralihan kuasa dalam tampuk pemerintahan kerajaan antara parti Barisan Nasional (BN) dan pembangkang adalah bukan perkara mudah untuk difikirkan demikian menurut Menteri Muda Permodenan Pertanian, Mong anak Dagang.

Katanya penduduk terutama sekali mereka yang anti BN kelihatan beria-ria mahu pihak pembangkang mengambilalih tampuk pemerintahan kerajaan tanpa memikirkan proses rumitnya dan kesan terhadap pembangunan hidup mereka selepas itu.

“Kerajaan yang dipegang oleh pihak komponen BN sememangnya sudah mempunyai sistem jentera pentadbiran yang cemerlang dan terunggul ketika memerintah semua penduduk selama ini.

“Bagaimanapun jika golongan anti BN memikirkan sistem ini boleh berterusan jika pembangkang mengambilalih tampuk kerajaan maka mereka sudah tersilap. Sistem pentadbiran akan bermula dari kosong semula jika senario ini berlaku,” menurut beliau.

Mong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan berkata demikian ketika berucap merasmikan Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah bekas Kaunselor Tuai Rumah Selimin anak Kring, Jambatan Klauh, Sri Aman baru-baru ini.

Sebaliknya kata beliau, langkah terbaik bagi mengekalkan sistem pentadbiran yang sedia ada sekarang untuk berterusan ialah dengan memastikan BN terus menang pada pilihan raya negeri atau parlimen selepas ini.

“Pertelagahan akan wujud antara pihak yang menang dan yang kalah (parti politik). Bagaimanapun adalah lebih baik keadaan seperti ini dikekalkan demi kebaikan hidup penduduk dari masa ke semasa.

“Jangan menukar kerajaan ketika pembangunan pesat sedang berlangsung pada masa sekarang. Paling penting ialah pembangunan sedia ada pada masa kini terus dikekalkan dengan penduduk menyokong penuh kerajaan pimpinan BN pada pilihan raya kelak,” katanya.

Terdahulu Mong pada majlis berkenaan telah menyampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada tujuh buah rumah panjang Iban iaitu Tr Brayan Tala (RM5,000), Tr Agal Chagan (RM5,000), Tr Banggau Ngilah (RM8,000), Tr Dinnis Akin (RM3,000), Tr Luang Jangka (RM3,000), Tr Jawan Munir (RM6,000) dan Tr Medang Ngilah (RM5,000).

Tamat.

No comments:

Post a Comment