Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 October, 2010

Tubuhkan biro pendidikan di setiap rumah panjang - Dorris


Caption: PENGHARGAAN... Boniface (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Mong (tengah) sambil disaksikan oleh Dorris (tengah) ketika berlangsungnya majlis itu.


SRI AMAN, Rabu (6 Okt) – Penubuhan biro pendidikan di setiap kampung atau rumah panjang dalam negeri ini dilihat sebagai tindakan amat wajar bagi mengurangkan kadar kemiskinan penduduk menjelang tahun 2020 kelak.

Ahli Dewan Rakyat, Senator Dorris Brody berkata dengan adanya penubuhan biro pendidikan ini kerajaan tidak akan menghadapi masalah besar bagi menaiktaraf serta memajukan hidup rakyat dalam tempoh 10 tahun mulai sekarang.

“Kajian menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 baru-baru ini menunjukkan bahawa hampir 40 peratus penduduk di negara kita berada pada tahap kemiskininan dengan kadar perolehan pendapatan berada di bawah RM500 sebulan.

“Justeru penubuhan biro pendidikan di kampung dilihat sebagai salah satu langkah penting untuk mengurangkan kadar kemiskinan penduduk di masa akan datang sesuai dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan golongan penduduk berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Ulangtahun Penubuhan Biro Pendidikan Rumah Lanchum Dagang, Kampung Sungai Tenggang di sebuah restoran dalam bandar Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu kerajaan kata Dorris juga mahu semua rakyat tanpa memilih kaum dan agama dalam negeri ini menikmati faedah pembangunan yang sama rata apabila Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun itu kelak.

“Persoalannya sekarang adakah rakyat bersedia untuk menghadapi cabaran terbabit bermula dalam tempoh 10 tahun akan datang? Justeru ilmu pendidikan amat penting dalam setiap golongan generasi muda kita untuk tujuan itu selepas ini,” katanya.

Beliau juga menambah bahawa pemilikan ilmu pengetahuan yang tinggi akan membolehkan semua belia bersaing dalam segala jenis pasaran kerja menjelang tahun terbabit.

Terdahulu Dorris telah mengumumkan peruntukan RM3,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Lanchum anak Dagang pada majlis itu.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Menteri Muda Pertanian, Mong anak Dagang. Hadir sama ialah Pegawai JASA Parlimen P.202 Sri Aman, Whelton Lumpoi. Pengerusi JKKK, Lanchum Dagang, Pengerusi Biro Pendidikan Rumah Lanchum, DSP Boniface Nyambong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment