Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 October, 2010

Sukan Darat SK Kem Skrang, Engkilili meriah


BERSAING...Dua buah pasukan rumah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Skrang, Engkilili, Sri Aman cuba berentap untuk menempah tiket ke perlawanan akhir Pertandingan Tarik Tali yang diadakan bersempena dengan Sukan Darat Antara Rumah SK Skrang di padang sekolah tersebut bermula 28 Oktober hingga 1 Oktober lepas. Sukan Darat Antara Rumah SK Skrang yang menyaksikan penglibatan seramai 198 orang murid menerusi pasukan Rumah Cheetah, Rumah Jaguar, Rumah Puma dan Rumah Panther. Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili turut menyaksikan sukan ini yang menawarkan sebanyak 61 buah acara untuk murid dan 10 buah acara untuk ibubapa sekolah terbabit. - 1 Okt

No comments:

Post a Comment