Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 October, 2010

SK Abang Abdul Kadir Betong anjur program Marhaban


Caption: PENGHARGAAN...Kamaruddin (kiri) menerima cenderamata daripada Haji Taha (kanan) ketika menerima rombongan peserta program berkenaan.


BETONG, Selasa (5 Okt) – Seramai 30 orang murid Tahun 6 mengambil bahagian dalam Program Marhaban dan Ziarah yang berlangsung Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Abdul Kadir Betong kelmarin.

Program anjuran secara bersama Guru Pendidikan Agama Islam, j-QAF dan Fardu Ain sekolah terbabit telah dijayakan menerusi penglibatan seramai 17 orang tenaga pengajar dari sekolah berkenaan.

Guru pendidikan Islam sekolah terbabit, Ustaz Kamaruddin Mohammad ketika ditemui memberitahu Program Marhaban dan Ziarah ini dirangka sebagai aktiviti selepasnya tamatnya peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid Tahun 6 sekolah terbabit.

“Program tersebut dilaksanakan pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) sepanjang dua minggu terakhir dalam bulan Syawal dan sejumlah 49 buah rumah guru serta penduduk kampung Melayu Betong telah terlibat dalam program tersebut.

“Ia merupakan projek perintis yang dirangka khas bagi mengajak murid Tahun 6 untuk sama-sama berziarah ke rumah guru-guru serta ke beberapa buah rumah penduduk kampung di sekitar Kampung Melayu Betong sambil bersalawat,” katanya.

Selain itu Program Marhaban dan Ziarah ini kata Kamaruddin juga ini dapat merapatkan Ukhuwah serta memupuk semangat perpaduan dikalangan guru-guru, penduduk kampung dan para murid yang terlibat.

Terdahulu seorang penduduk Kampung Masjid Betong iaitu Haji Abang Taha bin Abang Bujang melahirkan rasa bangga apabila pihak marhaban sudi menyenaraikan rumahnya sebagai salah satu tempat untuk menjadi kunjungan pihak terbabit.

“Saya akan sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak penganjur jika sumbangan saya diperlukan bagi menjayakan program ini walaupun saya bukan seorang kakitangan sekolah terbabit,” katanya.

Beliau juga berkesempatan menyampaikan cenderamata sebagai sumbangan dan penghargaan terima kasih di atas kesudian rombongan terbabityang mengadakan kunjungan ke rumahnya bersempena dengan program itu.

Program Marhaban dan Ziarah ini telah diserikan lagi dengan aktiviti bacaan Salawat, Doa Selamat, Doa Ziarah dan jamuan hidangan makanan sebagai sajian pada akhir aturcara program berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment