Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 October, 2010

Singkir pemikiran negatif nasihat Nyalau kepada penduduk luar bandar


Musghot: WILLIAM NYALAU BADAK


ENGKILILI, Jumaat (1 Okt) – Penduduk di kawasan pedalaman Lubok Antu perlu menyingkirkan segera pemikiran negatif yang menganggap kawasan mereka tidak akan boleh dibangunkan oleh kerajaan pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak berkata usaha peningkatan taraf hidup penduduk di kawasan pedalaman seperti Lubok Antu sentiasa mendapat perhatian kerajaan Barisan Nasional (BN) yang komited merangka pelbagai pelan pembangunan untuk mereka dari masa ke semasa.

“Isu pembangunan hidup penduduk di kawasan pedalaman sememangnya tidak diabaikan oleh kerajaan kerana sudah menjadi tugas kita untuk merapatkan jurang pembanguan antara kawasan bandar dan luar bandar selama ini.

“Lagipun pelbagai pelan telah dirangka untuk membolehkan penduduk di situ menikmati faedah pembangunan seperti yang penduduk kawasan bandar rasai. Justeru saya berharap penduduk kawasan pedalaman Lubok Antu terus menyokong sokongan BN demi memastikan matlamat terbabit tercapai di masa akan datang,” katanya.

Nyalau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Tengahari anjuran Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Entalau di Ulu Skrang, Engkilili hari ini.

Selain itu penduduk di kawasan pedalaman Lubok Antu menurut beliau harus menyumbang jumlah mojirit undi yang lebih banyak terhadap BN agar masalah pembangunan hidup mereka mendapat perhatian lebih serius daripada kerajaan selepas ini.

“Undi penduduk dari kawasan pedalaman Lubok Antu perlu lebih kuat berbanding dengan penduduk di kawasan bandar memandangkan mereka masih memerlukan saluran pembangunan yang lebih besar dari masa ke semasa.

“Jika sokongan yang ditunjukkan oleh penduduk terhadap BN adalah tinggi di kawasan pedalaman di sini maka saya yakin pihak Kerajaan Negeri akan memberi banyak fokus terhadap pembangunan penduduk di situ pada masa akan datang,” menurut beliau.

Nyalau menerusi majlis itu bejanji akan memberikan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada PIBG SK Nanga Entalau pada tahun 2011 nanti. Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa dan Guru Besar SK Nanga Entalau, Joseph Suat.

Tamat

No comments:

Post a Comment