Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 October, 2010

Sila update buku profail kampung


Mugshot: AZRUL AIDI PHILIP

SRI AMAN, Selasa (12 Okt) – Sesebuah kampung boleh mencapai taraf Gerakan Daya Wawasan (GDW) sekiranya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari kampung terbabit berkenaan mempunyai buku pfofail kampung selama ini.

Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sarawak, Azrul Aidi Philip Abdullah memberitahu menerusi buku profail kampung, kerajaan menerusi jabatannya akan dapat membuat tindakan susulan bagi memajukan kampung tersebut.

“Kerajaan menerusi KEMAS akan merangka pelbagai program bagi membangunkan sesebuah kampung tersebut menerusi buku profail mereka sehingga ia mencapai taraf GDW.

“Oleh sebab itu semua JKKK perlu sentiasa mengemaskini data mengenai kampung masing-masing. Tindakan terbabit akan memudahkan lagi tindakan pihak kerajaan untuk menyediakan program pembangunan yang sesuai untuk kampung terbabit selepas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Hari Komuniti 1Malaysia 2010 anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Rumah Jegai Jawa, Sungai Purai, Batu Lintang, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu kampung GDW kata Aidi juga perlu proaktif dalam mencari langkah bagi memajukan kampung masing-masing mulai sekarang agar mereka tidak ketinggalan dalam mengejar pembangunan menjelang tahun 2020 kelak.

Terdahulu Majlis Penutupan Hari Komuniti 1Malaysia 2010 telah disempurnakan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis bertempat di rumah panjang berkenaan.

Hadir sama ialah Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Walter Lamat Kiyai, Ketua Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Sii Hua Tung, para kakitangan kerajaan dan penduduk di sini.

Seramai 38 orang peserta mengambil bahagian dalam program anak angkat yang diadakan menerusi majlis berkenaan bermula 8 hingga 10 Oktober lepas. Ia membabitkan penyertaan sebanyak 26 buah keluarga angkat dari sekitar kawasan Batu Lintang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment