Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 October, 2010

Rumahtangga pecah kerana Facebook

SRI AMAN, Jumaat (22 Okt) – Melayari laman web Facebook sememangnya amat menyeronokkan lebih-lebih lagi bagi pengguna internet yang gemar bertukar pandangan, gambar dan kenalan teman baru.

Bagaimanapun penggunaan laman web Facebook sememangnya boleh mengundang padah kepada pengguna itu sendiri dan ia terbukti apabila berlakunya pergaduhan antara mereka.

Terbaru sebuah pasangan suami isteri dari Bandar Sri Aman bertengkar apabila mendapati bahawa si suami mempunyai skandal dengan wanita lain menerusi laman web berkenaan.

Menurut sumber kisah bermula apabila si suami keluar berfoya-foya dengan rakannya di sebuah pusat hiburan tanpa pengetahuan si isteri yang bekerja di kawasan luar dari Bandar Sri Aman.

Rakan si suami menurut sumber telah bertindak mengambil gambarnya bersama seorang wanita (skandal) di pusat hiburan berkenaan dan memuat naik gambar tersebut pada akaun facebook si suami tersebut.

Akibatnya si isteri yang ketika itu berada di luar Bandar Sri Aman kerana bekerja terus melenting apabila mendapati suaminya bersama wanita lain setelah melihat gambar berkenaan di facebook.

Kecurangan si suami dalam hubungan rumahtangga mereka akhirnya diketahui oleh isterinya hanya disebabkan oleh perbuatan rakan-rakan yang memuat naik gambar berkenaan di Facebook.

Sumber terus memberitahu bahawa si suami bertindak menumbuk rakannya yang bertanggungjawab mengeluarkan gambar berkenaan di laman web Facebook berkenaan selepas itu.

Pengajarannya di sini ialah laman web Facebook boleh mengundang padah kepada mana-mana pengguna jika ia gagal dimanfaatkan dengan baik oleh semua pihak.

Semua pengguna perlu sedar bahawa mereka perlu menghormati hak persendirian masing-masing dan tidak mendedahkan fakta atau mana-mana gambar yang boleh mengugat hidup mereka dalam kehidupan harian.

Tamat.

1 comment:

  1. Aki d Arun:Haiya..Abis apa macam kawang lu edit saya pnya muka lalam itu pisbook????Ngumbangggggg

    ReplyDelete