Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 October, 2010

Rayong pantau progress pembinaan pejabat daerah kecil Engkilili



Caption: PEJABAT BARU....Dr Rayong (tengah) bersama Meehan (kiri) dan Brayan (empat kanan) ketika merakamkan gambar kenangan dihadapan bangunan baru Pejabat Daerah Kecil Engkilili.

ENGKILILI, Rabu (20 Okt) – Hal ehwal pengurusan rakyat di Lubok Antu bakal dipacu ke tahap lebih baik apabila bangunan Pejabat Daerah Kecil Engkilili yang baru bakal siap sepenuhnya pada tahun hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa memberitahu bangunan baru Pejabat Daerah Kecil Engkilili yang terletak dalam daerah Lubok Antu terbabit kini mencapai tahap pembinaan sebanyak 82 peratus.

“Kesemua kakitangan Pejabat Daerah Kecil Engkilili terpaksa melaksanakan kerja masing-masing buat sementara waktu di Rumah Rehat Engkilili sebelum ini sementara menantikan bangunan baru ini siap dibina.

“Bagaimanapun Rumah Rehat Engkilili kini kian sesak. Justeru saya berharap agar bangunan baru Pejabat Daerah Kecil Engkilili ini akan siap dibina sepenuhnya menjelang tahun hadapan,” katanya.

Rayong berkata demikian kepada pemberita ketika melakukan lawatan ke tapak projek pembinaan bangunan baru Pejabat Daerah Kecil Engkilili bersama Jabatan Kerja Raya Bahagian Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu kata beliau selebihnya 18 peratus lagi projek pembinaan bangunan Pejabat Daerah Kecil Engkilili ini melibatkan kerja pemasangan syiling dan penyambungan bekalan elektrik di bangunan tersebut.

Dengan adanya bangunan baru ini kelak maka Rayong berharap agar ia memberi keselesaan kepada para kakitangan Pejabat Daerah Kecil Engkilili yang berkhidmat untuk rakyat di kawasan ini.

“Paling ialah agar semua kakitangan Pejabat Daerah Kecil Engkilili bersabar untuk menantikan waktu siapnya pembinaan bangunan berkenaan. Saya cukup berbangga di atas kesabaran mereka berhubung perkara ini,” menurut beliau.

Jurutera Bahagian, JKR Bahagian Sri Aman iaitu Meehan Jorai turut hadir sama bagi membeli penerangan lanjut terhadap Rayong berhubung progress pembinaan bangunan baru Pejabat Daerah Kecil Engkilili tersebut.

Tamat....

No comments:

Post a Comment