Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 October, 2010

Projek Komuniti Penyayang CNI mula hari ini (19 Okt) hingga 21 Okt


Mugshot: THIEN SIAW CHIANG

SRI AMAN, Isnin (18 Okt) – Berita baik untuk penduduk dalam Bahagian Sri Aman. Syarikat Creative Network International atau CNI akan mengadakan Projek Komuniti Penyayang bertempat di tiga buah lokasi dalam Bahagian Sri Aman bermula 19 Oktober ini hingga 21 Oktober kelak.

Pengurus Pusat Pengedaran CNI Sri Aman, Thien Siaw Chiang berkata Projek Komuniti Penyayang ini menawarkan pemeriksaan kesihatan saringan secara percuma terhadap penduduk dari segi ujian BMI, lemak badan, organ dalaman, tekanan darah, umur biologi, gula dalam darah.

Projek Komuniti Penyayang (PKP) CNI Sri Aman ini kata beliau akan bermula di Hotel Kelingkang Inn, Lubok Antu bermula dari jam 10 pagi hingga 5 petang pada 19 Oktober kelak.

“PKP kedua CNI Sri Aman pula akan berlangsung pada 20 Oktober bertempat di bangunan Persatuan Hakka di daerah kecil Engkilili bermula dari jam 2 petang hingga 6.30 petang.

“Manakala PKP ketiga CNI Sri Aman pula akan berlangsung pada 21 Oktober bertempat di Pusat Pengedaran CNI Sri Aman, Lot 1752, Jalan Hospital, Bandar Sri Aman bermula dari jam 10 pagi hingga 5 petang,” menurut beliau.

Ketiga-tiga PKP CNI Sri Aman kata Thien akan membolehkan semua penduduk di kawasan Bahagian Sri Aman untuk melakukan pemeriksaan secara percuma mengikut ujian saringan kesihatan yang ditawarkan menerusi projek berkenaan.

Justeru orang ramai dari ketiga-tiga kawasan terbabit yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang projek ini katanya boleh menghubungi Encik Tan (Lubok Antu) di talian telefon 083-584125, Encik Jee (Engkilili) di talian 010-5351231 / 083-563258 dan Shellyna Thien (Sri Aman) menerusi talian 083-325313 selepas ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment