Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 October, 2010

Pesara tentera dirayu join Persatuan Bekas Tentera kata Monday



Caption:

1. TERIMALAH...Harden (kanan) menyampaikan cek kepada Nalang (kiri) sambil disaksikan oleh (dari kiri sekali), Monday, Abah, penerima pingat George, Awang Raweng dan penerima Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa Malaysia, Beliang Bali pada majlis itu.

2. UNTUK ALBUM...Harden (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama ahli PBTM Sri Aman sambil diapit oleh Nalang (kanan), Abah (kiri) dan Monday pada majlis itu.


SRI AMAN, Ahad (10 Okt) – Pesara tentera diminta untuk mendaftarkan diri dalam Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di cawangan masing-masing selepas ini demikian menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Sarawak, Mejar Monday Juhid.

Katanya penyertaan pesara tentera ke dalam PBTM akan membolehkan kebajikan hidup mereka dibela sepanjang masa sebaik sahaja tamat perkhidmatan masing-masing dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Terdapat seramai 13,000 bekas tentera di negeri ini, namun hanya 6,000 orang daripada jumlah mereka ini yang berdaftar dengan PBTM.

''Ini sangat menyedihkan kerana Jabatan Hal Ehwal Veteran mempunyai banyak program dan aktiviti kebajikan untuk bekas tentera selagi mereka mendaftarkan diri masing-masing dengan PBTM selepas ini," katanya

Monday berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam JasaMu Dikenang bersempena dengan Kutipan Derma Rayuan Hari Pahlawanan Tahun 2010 bertempat di Dewan Suarah Sri Aman malam kelmarin.

Sementara itu Timbalan Yang Dipertua PBTM Sarawak, Nalang Selingau pula berharap agar golongan pesara tentera khasnya di Sri Aman tidak menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri akan datang.

“Sri Aman mempunyai seramai 1,600 orang pengundi berdaftar yang terdiri daripada bekas tentera. Justeru saya berharap agar mereka terus memberikan sokongan padu kepada BN menjelang pilihan raya negeri kelak,” katanya.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis. Hadir sama ialah Pembantu Khas Ahli Parlimen Sri Aman, Abah Unggie, ahli jawatankuasa PBTM Sri Aman dan penduduk di sini.


Harden pada majlis itu mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada PBTM cawangan Sri Aman manakala RM5,000 lagi pula daripada Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat.


PBTM cawangan Sri Aman kini mempunyai lebih 500 orang ahli seumur hidup.
Turut berlangsung pada majlis itu ialah penyampaian Pingat Jasa Malaysia kepada penerima.

Tamat.

No comments:

Post a Comment