Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 October, 2010

Perpustakaan Jalur Lebar Bahagian Betong bakal buka facebook


Mugshot: ABANG KAMARUL AZLAN


SRI AMAN, Jumaat (15 Okt) – Perpustakaan Jalur Lebar Bahagian Betong bijak memanfaatkan faedah internet bagi mempromosi kemudahan perkhidmatan Teknologi Komunikasi dan Maklumat kepada penduduk di Betong.

Ia terbukti apabila pihak terbabit bakal melancarkan laman web sesawang Facebook Perpustakaan Jalur Lebar Bahagian Betong untuk tatapan semua pelayar internet Betong dalam masa terdekat ini nanti.

“Tidak dinafikan bahawa laman web sesawang Facebook sememangnya amat popular dikalangan semua pelayar internet dari seluruh dunia khasnya sekali dalam kawasan Betong.

“Justeru pihak kita telah mengambil kesempatan ini untuk menjadikan Facebook sebagai medium utama bagi tujuan tersebut,” menurut Pegawai Menguasa Jalur Lebar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Bahagian Betong, Abang Kamarul Azlan bin Abang Haji Aing.

Selain itu pelancaran laman sesawang ini katanya juga dapat menarik minat para penduduk Betong komuniti untuk terus menggunakan kemudahan yang disediakan dalam perpustakaan jalur lebar terbabit.

Malahan pelancaran laman web sesawang itu menurut Kamarul juga akan membolehkan para pengguna ataupun ahli perpustakaan terbabit memberi komen tentang perkhidmatan perpustakaan jalur lebar ini.

“Setiap ahli atau para pengguna yang telah mendaftarkan diri dalam perpustakaan jalur lebar ini juga boleh mendaftarkan sebagai ahli facebook perpustakan jalur lebar demi mencapai objektif Celik IT menjelang tahun 2020 kelak,” menurut beliau.

Majlis perasmian lama sesawang itu nanti katanya mungkin akan dirasmikan oleh pegawai Perpustakaan jalur lebar bahagian betong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment