Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 October, 2010

Perpustakaan Betong anjur program membaca dan mengeja


Caption: UNTUK ALBUM...Roslina (duduk tengah) ketika merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan beliau dan peserta sebaik sahaja tamat program berkenaan.

BETONG, Rabu (13 Okt) – Perpustakaan Awam, Majlis Daerah Betong (MDB) telah menganjurkan Program Membaca dan Mengeja sempena Sambutan Hari Membaca 2010 bertempat di perpustakaan berkenaan baru-baru ini.

Jurucakapnya ketika ditemui memberitahu program ini bertujuan untuk menitikberatkan Hari Membaca dikalangan penduduk di seluruh perpustakaan awam dalam kawasan wilayah Betong.

“Program Membaca dan Mengeja sempena Sambutan Hari Membaca 2010 ini telah dijayakan menerusi penglibatan seramai 18 orang murid dari tiga buah sekolah rendah di Betong.

“Menerusi program ini kita mahu menyemai sikap rajin membaca dikalangan anak-anak muda. Tabiat terbabit boleh menyumbang ke arah pembentukan golongan individu berpendidikan tinggi di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu Nur Syaza binti Nazaruddin dan Siti Nur Syuhadah binti Zulkipli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Abdul Kadir Betong muncul juara dan naib juara bagi Pertandingan Membaca dan Mengeja Dalam Bahasa Melayu manakala Flora Samba dari SK Saka Betong muncul pemenang tempat ke-3 bagi kategori berkenaan.

Kategori Bahasa Inggeris pula menyaksikan peserta dari SK Abang Abdul Kadir Betong mengondol kesemua kedudukan dalam pertandingan itu apabila Iman Khadilah Abdul Taip, Ahmad Nur Hakim Azmi dan Nur Fariha Adyani Rusidi muncul pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga dalam kategori itu.

Majlis penyampaian hadiah kepada peserta ini telah disempurnakan oleh Pembantu Perpustakaan Awam MDB, Roslina Blumbong sambil disaksikan oleh Pegawai Menguasa Jalur Lebar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM) Bahagian Betong, Abang Kamarul Azlan bin Abang Haji Aing.

Tamat.

1 comment:

  1. Lawati merahkebiru.blogspot.com untuk pelajar Bahasa Melayu UPSR.

    ReplyDelete