Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 October, 2010

Pergerakan Wanita PBB Engkilili buka 6 ranting baru

SRI AMAN, Rabu (20 Okt) – Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan N.28 Engkilili akan mengadakan Mesyuarat Pembukaan Ranting Wanita di Rumah Nudong, Murat, Engkilili pada 21 Oktober ini.

Mesyuarat terbabit membincangkan pembukaan sebanyak enam buah ranting baru Pergerakan Wanita PBB N.28 Engkilili antaranya ialah Ranting Jalai Ulu Skrang, Ranting Entalau, Ranting Bangat, Ranting Menjuau, Ranting Merio dan Ranting Lidong.

Ketua Pergerakan Wanita PBB cawangan Engkilili, Siti Nuriani Abdullah ketika dihubungi memberitahu antara agenda utama mesyuarat terbabit adalah menambah ahli baru / ranting baru, pengemaskinian ahli, pencaturan / penyusunan ahli mengikut daerah mengundi / mengikut ranting kaum bapa dan pengukuhan profail parti.

“Pergerakan Wanita PBB cawangan N.28 Engkilili sebelum ini mempunyai enam buah ranting antaranya ialah Ranting Kampung Melayu, Ranting Merbong / Selindong, Ranting Langkang, Ranting Merindun, Ranting Semanju dan Ranting Skrang.

“Dengan adanya pembukaan ranting baru terbabit maka Pergerakan Wanita PBB cawangan N.28 Engkilili bakal mempunyai sebanyak 12 buah ranting dan sekaligus bakal memperkuatkan lagi jentera Barisan Nasional (BN) di sini menjelang pilihan raya kelak,” menurut beliau.

Selain itu kata Siti antara agenda yang turut berlangsung pada mesyuarat berkenaan ialah pemilihan ahli jawatankuasa peringkat ranting bagi jawatan ketua, timabalan ketua, setiausaha, bendahari, AJK terpilih dan enam jawankuasa dilantik.

Malahan mesyuarat terbabit menurut beliau juga turut membabitkan agenda pelantikan AJK ranting bagi tahun 2009 – 2012 bagi memudahkan gerak kerja pilihan raya serta usaha jalinan rakyat.

“Jalai Ulu Skrang adalah ranting baru pertama di buka di Rumah Nudong. Lima lagi ranting iaitu Ranting Entalau akan dibuka pada 29 – 30 Oktober, Ranting Bangat (5 November), Ranting Menjuau (11 – 12 November), Ranting Merio (19 November) dan Ranting Lindong (26 November).

“Jadual pembukaan lima ranting baru berkenaan akan berlangsung di Rumah Velly, Sungai Pinang (Ranting Entalau), Rumah Deli, Aur (Ranting Bangat), Rumah Rantai, Lepong Kepayang (Rantai Menjuau), Rumah Tinggie, Merio Tambak (Ranting Merio) dan Rumah Mapang, Lipat Ulu (Ranting Lidong) mengikut tarikh yang dinyatakan,” katanya.

Tamat...

No comments:

Post a Comment