Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 October, 2010

Pembangunan di Sarawak kian rancak ujar Snowdan


Caption: PENGHARGAAN...Snow (tengah kiri) dan Masir (tengah kanan) ketika menerima cenderamata daripada Joseph (kanan sekali) dan Kunjan (kiri sekali) pada majlis itu.

PANTU, Isnin (11 Okt) – Projek pembangunan kian berlangsung dengan pantas di Sarawak semenjak Gagasan 1Malaysia dengan motto: ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ mula diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Donald Lawan berkata perlaksanaan Gagasan 1Malaysia telah membolehkan banyak peruntukan disalurkan kepada negeri Sarawak bagi memacu proses pembangunan pesat di sini.

“Sarawak telah menerima peruntukan kewangan bernilai berbilion ringgit semenjak Gagasan 1Malaysia diperkenalkan oleh Najib yang mahu tahap pembangunan di negeri kita menyamai tahap pembangunan yang sama di Semenanjung Malaysia.

“Ia menunjukkan bahawa kerajaan memberi keutamaan penting terhadap Sarawak begitu juga dengan negeri Sabah menerusi saluran peruntukan yang besar semenjak Gagasan 1Malaysia terbabit diperkenalkan,” katanya.

Snowdan berkata berucap pada Majlis Makan Malam 2010 bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Leo Gayau, dalam kawasan daerah kecil Pantu, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu sokongan berterusan penduduk terhadap BN menurut beliau akan membolehkan kerajaan meneruskan usaha bagi mengenalpasti langkah untuk mempertingkatkan tahap pembangunan penduduk di kawasan luar bandar dalam negeri ini.

“Penduduk Sarawak kini sedang berada di landasan arus pembangunan yang pantas. Justeru saya meminta penduduk untuk terus menyokong Barisan Nasional (BN) demi memastikan momentum pembangunan terbabit terus kekal selepas ini,” katanya.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat. Hadir sama ialah Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Saint Leo Gayau, Pantu, Kunjan anak Labon dan Guru Besar SK Saint Leo Gayau, Joseph Sayang.

Snowdan mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada PIBG Saint Leo Gayau manakala Masir pula menyampaikan cek peruntukan yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM162,000 kepada beberapa buah rumah panjang di kawasan berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment