Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 October, 2010

Pejabat Pelajaran Daerah Betong rai persaraan Haji Abang Adenan bin Abang Haji Hassan



Caption: RASMI...(dari kiri sekali) Mahli, Haji Zaini, Haji Adenan dan Daud ketika sedang bersama-sama menyempurnakan upacara memotong kek pada majlis berkenaan.

Oleh Saleman Senin

BETONG, Selasa - Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Betong dengan kerjasama Guru Agama dan j-QAF (PEKDIS) telah mengadakan dua majlis serentak iaitu Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Majlis Permata Budi di sini baru-baru ini.

Majlis yang dihadiri seramai 400 orang warga PPD Betong, warga PPD Saratok, Guru PEKDIS dan penduduk Kampung Melayu Betong ini bertujuan untuk meraikan Ketua Unit, Unit Pendidikan Islam PPD Betong iaitu Haji Abang Adenan bin Abang Haji Hassan yang akan bersara wajib pada bulan Disember ini nanti.

Ketua Unit Operasi Dakwah selaku mewakili Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS), Haji Zaini bin Hasbullah ketika merasmikan majlis tersebut memberitahu Adenan adalah seorang ustaz yang komitmen ketika melaksanakan tugas dalam unit jabatannya selama ini.

“Persaraan beliau juga merupakan satu kehilangan yang besar untuk Unit Pendidikan Islam. Ini kerana Adnan sering memberi pandangan yang bernas ketika mengeluarkan idea-idea yang seringkali digunapakai dalam urusan jabatan.

“Bagaimanapun pihak kita berharap agar beliau terus menyumbang bakti dari segi luahan pendapat dan idea kepada pihak jabatan walaupun sudah bersara wajib pada hujung tahun ini nanti,” katanya.

Beliau menerusi ucapannya turut menambah bahawa majlis ini dapat menyumbang kepada peningkatakn kualiti kerja dikalangan semua kakitangan dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi di antara kaum dalam jabatan berkenaan.

Terdahulu Zaini bersama dengan Pegawai PPD Betong, Mahli Rosli, Pegawai PPD Saratok, Daud bin Mohamad dan bakal pesara iaitu Abang Adenan telah menyempurnakan upacara memotong kek pada majlis majlis berkenaan.

Hadir sama ialah Penghulu Kampung Melayu Betong, Haji Abang Zawawie bin Abang Rajit Penghulu. Turut berlangsung pada majlis itu ialah penyampaian cenderamata dan hadiah kepada Adenan daripada beberapa buah sekolah di atas sumbangan beliau terhadap jabatannya selama ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment