Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 October, 2010

PBB Batang Ai juara futsal 1belia Parlimen Lubok Antu


Caption: SYABAS…..Pasukan juara iaitu PBB Batang Ai ketika bergambar kenangan dengan Nyalau (tengah) dan Syennier (empat kiri) serta Pegawai Jawatankuasa Penganjur.

LUBOK ANTU, Isnin (4 Okt) - Pasukan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Batang Ai muncul juara Pertandingan peringkat akhir Pertandingan Futsal 1 Belia 1 Malaysia kawasan Parlimen 203 Lubok Antu di padang Futsal Rumah Lagan, Empit disini Ahad lalu.

Pasukan PBB Batang Ai muncul juara setelah berjaya menewaskan Kelab Sukan Komuniti (KSK) Batang Ai menerusi sepakan penalti 2-1 apabila terikat menerusi jaringan gol 1-1 sebaik sahaja tamat masa perlawanan terbabit.

Dengan kemenangan ini, pasukan PBB Batang Ai telah berjaya meraih hadiah berupa wang tunai RM700 dan piala kejuaraan manakala pasukan naib juara iaitu KSK Batang Ai pula membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500 juga dengan piala naib juara.

Sementara itu kedudukan tempat ke-3 bagi Pertandingan Peringkat Akhir Pertandingan Futsal 1 Belia 1 Malaysia kawasan Parlimen 203 Lubok Antu kini pula dimenangi oleh Skuad RM Idol setelah menewaskan pasukan LA MEDIC.

Dengan kemenangan ini pasukan Skuad RM Idol telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM300 serta piala manakala pasukan LA MEDIC pula membawa pulang hadiah bernilai RM150 dan juga piala.

Penjaring gol terbanyak bagi pertandingan ini pula telah disandang oleh Raymond Ambau dari KSK Batang Ai setelah berjaya menjaringkan sebanyak lapan gol sepanjang perlawanan terbabit.

Bagi kategori wanita pula, kedudukan johan telah disandang oleh pasukan RANDO yang telah meraih wang tunai bernilai RM700 manakala pasukan H20 dan Red Eagle pula muncul pemenang tempat ke-2 dan ke-3 dalam pertandingan itu.

Kedua-dua pasukan naib juara dan pemenang tempat ke-3 ini masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM500 serta piala dan RM150 serta piala pada pertandingan berkenaan.

Terdahulu sejumlah 22 buah pasukan berentap menerusi 62 buah perlawanan dalam Pertandingan Futsal 1 Belia 1 Malaysia kawasan Parlimen 203 Lubok Antu yang berlangsung selama empat hari itu.

Pertandingan Futsal anjuran Jabatan Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Pejabat Daerah Lubok Antu itu telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau anak Badak.

Hadir sama ialah Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, Shyennier Jean Sherit dan Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba.

Tamat....

No comments:

Post a Comment