Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 October, 2010

Pasukan MAKSAK Betong sedia, sempena kejohanan takraw MAKSAK Sarawak pada 9 Oktober ini


Caption: SEDIA BERENTAP...Saleman (berdiri kiri sekali) ketika merakamkan gamabr kenang-kenangan bersama pasukan Sepak Takraw MAKSAK Betong sebelum berangkat ke Limbang kelmarin.


BETONG, Khamis (8 Okt) - Pasukan Sepak Takraw MAKSAK Betong telah menyatakan kesediaan mereka untuk mengalas segala cabaran pada Kejohanan Sepak Takraw MAKSAK Sarawak yang akan berlangsung di Limbang bermula dari 9 hingga 10 Oktober ini nanti.

Pasukan dibawah kendalian pengurusnya Ahmad Tamizi Abdul Karim dan Saleman Senin selaku jurulatih pasukan ini terdiri daripada 11 orang pemain dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Betong, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Betong, Jabatan Kesihatan (JS) Betong serta Jabatan Penyelamat dan Bomba (JPB) Betong.

11 orang pemain terbabit adalah Reany Suhaili (Pelajaran), Mohd Jadil Haji Edi (Pelajaran), Hazemi Marawi (Pelajaran), Ameran Drahman (Pelajaran), Jawan Agam (JTS), Philip Sandai (JTS), Mathew Anderson (JS), Mohd Faizal Rashid (JPB), Mohd Isnizan Jamain (JPB), Abang Muhd Fadzil Abang Abdul Manaf (JPB) dan Mohd Johari Abdullah (JPB)

Jurulatihnya, Saleman Senin ketika ditemui memberitahu pasukan Pasukan Sepak Takraw MAKSAK Betong ini terdiri daripada barisan pemain muda dan pemain veteran yang mempunyai pengalaman ketika beraksi dalam kejohanan sepaktakraw di Betong sebelum ini.

“Pihak kita yakin bahawa Pasukan Sepak Takraw MAKSAK Betong mampu memberi saingan sengit kepada mana-mana pasukan MAKSAK yang bakal berentap dalam kejohanan peringkat negeri ini nanti.

“Justeru saya berharap agar semua pemain muda dan pemain veteran Pasukan Sepak Takraw MAKSAK Betong memanfaatkan sepenuhnya pengalaman yang ada dalam diri masing-masing ketika menghadapi saingan dalam kejohanan itu kelak,” katanya.

Selain itu Kejohanan Sepak Takraw MAKSAK Sarawak katanya juga boleh dijadikan sebagai pentas untuk para pemain Sepak Takraw menguji teknik dan kemahiran masing-masing dalam sukan terbabit selepas ini.

Malahan Kejohanan Sepak Takraw MAKSAK Sarawak kata Saleman berupaya memberi pengalaman terbaru terhadap 11 orang pemain mereka ketika berentap dengan pasukan lawan pada kejohanan itu kelak.

“Tewas atau menang bukan keutamaan utama bagi pasukan Pasukan Sepak Takraw MAKSAK Betong. Paling pentingnya di sini ialah agar semua pemain dapat menimba pengalaman terbaru ketika menentang pasukan lebih hebat pada kejohanan itu,” kata Saleman.

Beliau juga menambah Pasukan Sepak Takraw MAKSAK Betong telah menjalani beberapa latihan intensif bagi memantapkan lagi stamina serta kecergasan menjelang kejohanan itu kelak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment