Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 October, 2010

Parti Rakyat Sarawak Engkilili sedang cari ahli baru


Caption: SOKONG BN.... Bangkong (dua kiri) ketika menerima borang permohonan kemasukan ahli PRS daripada Tr Serit (dua kanan) pada majlis ringkas di kediamannya baru-baru ini.


ENGKILILI, Selasa (12 Okt) – Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Engkilili kini sedang dalam proses untuk menambah jumlah ahli partinya bagi membantu pihak Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya negeri ini nanti.

Timbalan PRS Bahagian Engkilili, Kanselor Bangkong anak Mawing memberitahu pihaknya telah memulakan kerja mengumpul ahli baru PRS dalam kawasan Engkilili bermula tiga minggu yang lepas.

“Matlamat utama kita ialah untuk memperkuatkan kedudukan BN di Engkilili. Pihak kita akan membantu bakal calon BN - Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) iaitu Dr Johnnical Rayong Ngipa bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili.

“Justeru dengan adanya penglibatan PRS berhubung perkara ini maka saya yakin bahawa kita dapat bekerjasama dengan lain-lain komponen parti BN di sini bagi menghadapi pihak pembangkang pada pilihan raya negeri kelak,” katanya.

Bangkong berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Ringkas Penyerahan Borang Permohonan Ahli PRS daripada Tuai Rumah Serit yang berlangsung di kediamannya dalam kawasan Skin Skrang, Engkilili baru-baru ini.

Tanpa menyatakan jumlah ahli PRS bagi Bahagian Engkilili pada masa sekarang, beliau juga menasihatkan semua ahli untuk saling bekerjasama bagi memperkukuhkan kedudukan BN di sini pada masa akan datang.

“Setiap ahli terutama sekali dari PRS Bahagian Engkilili perlu turun padang untuk menemui penduduk dan seterusnya menyakinkan mereka agar sentiasa memberi sokongan padu terhadap BN selepas ini.

“Penduduk di Bahagian Engkilili perlu disedarkan dengan dasar pembangunan kerajaan. Ia secara tidak langsung dapat membantu pihak BN untuk meraih kepercayaan daripada penduduk pada pilihan raya negeri kelak,” menurut beliau.

Tamat….

No comments:

Post a Comment