Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 October, 2010

Nicheal dianiaya, TM Net suruh bayar RM2 k tunggakan bil


Caption: TIDAK PUASHATI...Nichael ketika menunjukkan surat tuntutan bayaran tunggakan (kanan) dan surat laporan polis (kiri) ketika ditemui Utusan Sarawak hari ini.


SRI AMAN, Jumaat (1 Okt) – Seorang lelaki mendakwa dirinya dianiaya oleh orang tertentu apabila pihak Telekom Malaysia (TM) Berhad menuntut beliau menyelesaikan bayaran bil tertunggak ke atas akaun telefon yang tidak pernah disewa oleh dirinya dan keluarga sebelum ini.

Nichael anak Lalang, 32, dari Rumah Richard Ijok, Batu Lintang Undop, Sri Aman ketika ditemui memberitahu beliau berasa terkejut apabila menerima surat tuntutan bayaran berjumlah RM2,060.15 yang dihantar oleh syarikat lantikan TM Berhad iaitu syarikat Kudrat Partners & Co pada 13 September lalu sekitar jam 8 pagi di kediamannya sendiri.

“Surat itu yang meletakkan nama saya sebagai Michael anak Lalang dan bukannya Nichael anak Lalang memberitahu saya telah menggunakan nombor perkhidmatan telefon 0820038057 menerusi akaun D937066160103 serta mendaftarkannya di alamat rumah Lot 879, Jalan Tabuan Jaya Commersial Centre, 93350, Kuching sebelum ini.

“Saya tidak pernah mempunyai rumah di Tabuan Jaya apatah lagi mendaftarkan nombor perkhidmatan berkenaan dengan syarikat TM Net selama ini. Saya merasakan diri telah dianiaya oleh orang tertentu dan kecewa di atas tindakan yang tidak pernah dilakukan oleh saya selama ini,” katanya.

Nicheael, yang berkhidmat dengan syarikat SOP Pelita, Batu Lintang, Undop pada masa sekarang juga mendakwa surat tuntutan berkenaan telah menyebabkan berlakunya masalah rumahtangga dalam keluarga beliau selepas itu.

Oleh sebab itu beliau telah bertindak membuat laporan di Balai Polis, Ibupejabat Polis Daerah Sri Aman sekitar jam 11 pagi pada 13 September lepas bagi membatalkan bayaran bil perkhidmatan telefon berkenaan.

“TM Net langsung tidak pernah menghubungi diri saya sendiri ketika akaun perkhidmatan terbabit mula dibuka dahulu. Walaupun mungkin terdapat pihak lain yang sengaja menggunakan nama saya untuk tujuan itu tetapi saya tetap menuduh pihak TM Net telah melakukan kecuaian dalam perkara terbabit.

“Saya mahu pihak TM Net melakukan siasatan berhubung perkara ini. Saya menuntut bagaimana pihak TM Net boleh membuka akaun terbabit tanpa merujuk saya selama ini,” katanya.

Terdahulu Nichael menerusi surat daripada syarikat Kudrat Partners & Co bertarikh 7 September lepas dituntut untuk membayar tunggakan terbabit atau dikenakan tindakan undang-undang oleh mahkamah antaranya ialah saman serta disenarai hitam oleh syarikat Telekom Malaysia.

Jika beliau berjaya membuktikan dirinya tidak bersalah maka Nichael bercadang untuk mengemukakan tuntutan saman terhadap pihak TM Net kerana telah menyebabkan berlakunya kekacauan rumahtangga dalam keluarga beliau sehingga sekarang.

Tamat.

1 comment:

  1. kudrat partners & co is a scammer company who collects debt..many people receive that kind of letters and calls

    ReplyDelete