Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 October, 2010

Majlis Ramah Tamah Tabika Kemas Kampung Tengah Betong meriah


Caption: TAHNIAH... Mohd Aireel Hakimi sedang menerima hamper selaku pemenang cabutan bertuah pada majlis berkenaan.

Saleman Senin

BETONG, Isnin (4 Okt) - Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) Kemas Kampung Tengah Betong telah menganjurkan Sambutan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2010 di sini baru-baru ini.

Majlis yang berlangsung di perkarangan bangunan TABIKA itu telah dihadiri seramai 150 orang kanak-kanak Tabika, ibubapa dan penduduk dari sekitar kawasan Kampung Tengah terbabit.

Sambutan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2010 yang dirasmikan oleh Ketua Kampung Tengah Betong iaitu Haji Abang Hussin bin Haji Abang Mahadi merupakan salah satu perancangan tahunan TABIKA terbabit.

Hussin ketika berucap menyeru semua ibu bapa dan penduduk kampung untuk sama-sama saling bekerjasama dan mengeratkan perpaduan sebagaimana yang telah berjaya dilaksanakan pada majlis berkenaan.

“Singkirkan amalan berpuak-puak jika mahu menjayakan sesuatu majlis. Lagipun objektif majlis seumpama ini juga tidak akan tercapai jika tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak,” katanya.

Sementara itu Pengerusi TABIKA Kemas iaitu Ismail Mohamad berkata beberapa aktiviti telah berjaya dilaksanakan oleh pihaknya sebelum ini iaitu Gotong Royong, Hafazan, Pertandingan mewarna, Penghayatan Kemerdekaan, Lawatan Kokurikulum dan Ramah Tamah tersebut.

“TABIKA selepas ini akan mengadakan Sukaneka, Lawatan dan Hari keluarga dan Majlis Konvokesyen. Ibubapa harus turun padang untuk sama-sama menjayakan aktiviti tersebut nanti,” katanya.

Jawatankuasa TABIKA menurut Ismail juga telah memohon serta menghantar kertas cadangan kepada wakil rakyat di kawasan Betong untuk memohon peruntukan bagi menaiktaraf TABIKA ini.

“Kanak-kanak Tabika Betong bukan terdiri daripada kaum Melayu malahan juga terdiri daripada kaum Iban dan Cina dari kawasan Betong ini. Justeru adalah amat penting TABIKA ini dinaiktaraf oleh kerajaan di masa akan datang,” katanya.

Majlis turut diserikan dengan aktiviti cabutan hadiah bertuah yang disumbangkan oleh Abdul Rahim bin Haji Jaini dan Bosman bin Haji Mohd Rajuna.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ketua Kampung Hilir Betong, Segara bin Dukari dan Ketua Ranting PBB Kampung Tengah / Hilir Betong, Abdul Rahman bin Ismail.

Tamat.

No comments:

Post a Comment