Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 October, 2010

Lachau FC, Akka FC, Melders dan Strossy wakil Zon B Futsal Sri Aman



Caption: BERBAKAT...Mong ketika menyepak bola sebagai simbolik perasmian pertandingan sambil disaksikan oleh Masir (belakang) dan tetamu undangan khas yang lain di Lachau Ili.


PANTU, Selasa (5 Okt) – Empat buah pasukan telah berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Pertandingan Futsal 1Belia 1Malaysia Parlimen P.202 Sri Aman bagi Zon B Bukit Begunan menerusi perlawanan peringkat kumpulan yang berlangsung di Gelanggang Serbaguna, Rumah Lindang Jemat, Lachau Ili, Pantu bermula 2 hingga 3 Oktober lepas.

Empat buah pasukan terbabit iaitu Lachau FC, Akka FC, Melders dan Strossy FC bakal melangkah ke perlawanan akhir pertandingan itu pada 9 Oktober ini di gelanggang yang sama dan bakal bertemu dengan pasukan yang layak dari Zon A serta C iaitu Sokanjaya, L.4 FC Belia Kampung Muhibah dan Galaticos.

Terdahulu Lachau FC muncul juara Kumpulan A setelah memperoleh sembilan mata dengan menumpaskan pasukan Hera (4 – 2), pasukan Akka FC (2 -1) dan pasukan Black Arrow (4 – 3) dalam saingan kumpulan terbabit.

Pasukan Akka FC pula muncul naib juara Kumpulan A setelah memperoleh enam mata dengan menumpaskan pasukan Black Arrow (4 – 3) dan pasukan Hera (4 -0) sebelum tewas di tangan Lachau FC (1 – 2) dalam saingan kumpulan berkenaan.

Bagi saingan Kumpulan B, pasukan Melbers muncul juara setelah memperoleh sembilan mata dengan membelasah pasukan Kandis (5 – 0), pasukan Strossy (3 -0) dan pasukan Sri Begunan (4 – 0) dalam saingan kumpulan terbabit.

Manakala pasukan Strossy pula muncul naib juara Kumpulan B setelah memperoleh enam mata dengan menewaskan pasukan Sri Begunan (1 - 0) dan pasukan Kandis (4 -2) sebelum tewas di tangan pasukan Melbers (0 – 3) dalam saingan kumpulan terbabit.

Terdahulu Menteri Muda Permodenan Pertanian, Mong Dagang telah menyempurnakan upacara sepak mula Pertandingan Futsal 1Belia 1Malaysia Parlimen P.202 Sri Aman bagi Zon B Bukit Begunan di padang berkenaan.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Parlimen P.202 Sri Aman, Whelton Lumpoi, Pegawai Tadbir Sosial Pejabat Residen Sri Aman, Zaidi Sarkawi, Penolong Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Sri Aman, Mohd Ishrak Ismail, para kakitangan kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment