Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

22 October, 2010

Kempen Kesedaran Organ di Hospital Sri man 16 - 24 Okt


Caption: JAYAKAN KEMPEN...Alexis (duduk kanan sekali) ketika bersama kakitangan penganjur program di sini hari ini.

SRI AMAN, Khamis (21 Okt) – Kesedaran orang ramai tentang betapa pentingnya hasrat pendermaan organ masing-masing untuk kegunaan pesakit memerlukan di hospital perlu dipertingkatkan dalam diri mereka selepas ini.

Justeru Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Hospital Bahagian Sri Aman telah menganjurkan Program Sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Bahagian Sri Aman bertempat di hospital berkenaan bermula 16 Oktober lalu hingga 24 Oktober ini kelak.

Penyelaras program, Gabriel Alexis Kibes ketika ditemui memberitahu objektif utama program terbabit diadakan adalah untuk mendidik penduduk tentang kepentingan pendermaan organ masing-masing bagi kegunaan pesakit di hospital.

Malahan Program Sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ menurut beliau juga bertujuan untuk mengalakkan penduduk untuk mendaftarkan diri masing-masing sebagai pengikrar penderma organ selepas ini.

“Program Sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ ini juga merupakan pentas bagi semua agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan kerajaan menunjukkan komitmen masing-masing dalam mempromosikan pendermaan organ.

“Kita yakin bahawa dengan berbuat demikian maka minda dan hati para penduduk untuk menderma organ masing-masing selepas ini akan terbuka lebih luas bagi mengurangkan beban pesakit yang amat memerlukan organ gantian di masa akan datang,” menurut beliau.

Diantara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program ini adalah pembukaan kaunter bagi mereka yang ingin mendaftar sebagai pengikrar penderma organ, pameran pendermaan organ dan juga beberapa siri ceramah kepada penduduk.

Justeru orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut serta berminat untuk mendaftar diri sebagai penderma organ selepas ini boleh mengunjungi tapak pameran di perkarangan ruang legar Hospital Sri Aman atau menghubungi beliau sendiri di talian 083-322176 atau datang ke Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment