Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 October, 2010

Kakitangan pejabat Residen Sri Aman perlu proaktif - Shamshuddin



Caption:

1.SELAMAT HARI RAYA...Shamsuddin (tengah) sambil diapit oleh Felicia (kanan) dan Zaidi (kiri) bersama tetamu undangan khas yang lain ketika memotong kek raya malam tadi.

2. TERIMALAH...Shamshuddin (tengah) sambil disaksikan oleh Felicia (kanan) ketika menyampaikan insentif kepada seorang penerima pada majlis itu malam tadi.

SRI AMAN, Khamis (8 Okt) – Kakitangan Pejabat Residen Bahagian Sri Aman perlu menunjukkan sikap proaktif yang lebih baik terhadap mana-mana jabatan dan penduduk dalam kawasan Sri Aman selepas ini.

Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin bin Abang Seruji berkata sikap proaktif terbabit perlu mencakupi sifat setiap aspek dalaman dan luaran di kakitangan pejabat beliau dalam membina hubungannya terhadap pihak luar dari masa ke semasa.

“Saya amat berbangga apabila mendapati kakitangan Pejabat Residen Sri Aman menunjukkan prestasi kerja yang amat membanggakan semenjak memegang jawatan Residen di sini semenjak tiga tahun lepas.

“Prestasi kerja ini perlu dikekalkan. Saya mahu hubungan Pejabat Residen Sri Aman antara pihak luar seperti jabatan kerajaan dan penduduk dipertingkat menerusi sikap proaktif masing-masing di masa akan datang,” menurut beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Malam Mesra Ramah Tamah Aidilfitri Sekalung Budi Rando 2010 yang berlangsung di Pejabat Residen Sri Aman malam tadi.

Selain itu Shamshuddin juga mahu kakitangan Pejabat Residen Sri Aman untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan masing-masing terhadap para pelanggan demi mengharumkan lagi nama jabatan terbabit selepas ini.

“Justeru saya berharap agar semua kakitangan Pejabat Residen Sri Aman lebih komited ketika menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk dan jabatan kerajaan di kawasan Sri Aman pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Felicia Tan Ya Hua, Pegawai Tadbir Sosial Pejabat Residen Sri Aman, Zaidi Sarkawi, wakil Pejabat Daerah Lubok Antu, SAO Wan Mazihi, para kakitangan kerajaan dan penduduk awam di sini.

Majlis diserikan lagi dengan aktiviti nyanyian lagu karaoke, penyampaian insentif kepada anak ahli kelab Rando, penyampaian duit Raya, penyampaian sijil ISO kepada jabatan kerajaan sekitar Bahagian Sri Aman, sambutan harijadi untuk kakitangan Pejabat Residen Sri Aman dan sebagainya.

Shamshuddin sambil diiringi oleh Felicia, Zaidi, Wan Mazihi dan tetamu undangan khas yang lain juga berkesempatan untuk menyempurnakan upacara memotong kek Hari Raya Aidilfitri menerusi majlis itu.

Dianggarkan seramai 300 orang penduduk hadir bagi menjayakan Majlis Malam Mesra Ramah Tamah Aidilfitri Sekalung Budi Rando 2010 yang berlangsung di Pejabat Residen Sri Aman berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment