Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 October, 2010

JKKK perlu tahu manfaat peranan


Caption: DARI BN...Masir (kanan) menyampaikan cek kepada wakil JKKK sambil disaksikan oleh Snowdan (tengah) ketika berlangsungnya majlis itu.


PANTU, Selasa (12 Okt) – Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu memanfaatkan peranan yang ada dengan sebaik mungkin bagi proses pembangunan dalam penempatan kampung masing-masing berjalan dengan lancar dari masa ke semasa.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat berkata kegagalan JKKK dalam melaksanakan peranan masing-masing akan menentukan masa depan pembangunan kampung mereka selepas ini.

“JKKK adalah sebuah jawatankuasa pentadbiran peringkat kampung yang diiktiraf oleh kerajaan negeri khusus bagi membantu kerajaan melicinkan pelbagai perkara berhubung dengan pentadbiran dan pembangunan di kampung.

“Jika mereka gagal melaksanakan peranan dengan baik maka proses pembangunan kampung akan mula ketinggalan berbanding dengan kampung yang mempunyai JKKK yang berperanan lebih baik selepas itu,” katanya.

Masir berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam 2010 bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Leo Gayau, dalam kawasan daerah kecil Pantu, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu beliau juga mahu rakyat terus menyokong Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya ini kelak memandangkan kerajaan telah menunaikan tanggungjawab mereka dengan penuh efisyen selama ini.

“Lagipun agenda pembangunan negeri Sarawak dan Sabah nyata menjadi tumpuan kerajaan semenjak Gagasan 1Malaysia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Justeru demi menjayakan matlamat pembangunan kerajaan di sini saya menyeru agar semua lapisan rakyat khasnya di Sri Aman untuk terus menyokong teguh kerajaan BN pada pilihan raya ini nanti,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Donald Lawan, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Saint Leo Gayau, Pantu, Kunjan anak Labon dan Guru Besar SK Saint Leo Gayau, Joseph Sayang.

Snowdan mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada PIBG Saint Leo Gayau manakala Masir pula menyampaikan cek peruntukan yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM162,000 kepada beberapa buah rumah panjang di kawasan berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment