Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 October, 2010

Jangan ikut haluan politik pembangkang - Masir


Caption: MANFAATKAN...Masir (kanan) menyampaikan cek MRP kepada penerima sambil disaksikan oleh Mong (tengah) ketika berlangsungnya majlis itu.

PANTU, Isnin (4 Okt) – Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat menasihatkan penduduk agar tidak mengikut haluan perjuangan politik pihak pembangkang menjelang pilihan raya negeri ini kelak.


Katanya pihak pembangkang seperti Parti KeAdilan Rakyat (PKR) telah membuktikan bahawa mereka tidak sehaluan dalam perjuangan politik apabila tercetusnya insiden pergaduhan berhubung isu perlantikan ketua cawangan bagi parti terbabit di Semenanjung Malaysia baru-baru ini.

“Itu baru perlantikan jawatan ketua cawangan dan belum lagi perlantikan untuk jawatan timbalan presiden atau presiden parti terbabit selepas itu. PKR telah membuktikan mereka tidak sehaluan di peringkat akar umbi.

“Justeru bagaimana pula penduduk harus menyokong perjuangan politik mereka jika masalah di peringkat bawahan pun gagal diselesaikan? Justeru perjuangan politik Barisan Nasional (BN) adalah yang terbaik dan sesuai untuk semua penduduk,” katanya.

Beliau ketika demikian ketika berucap pada Majlis Dialog Bersama Pemimpin dan Perasmian Majlis Penutupan Kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia peringkit Parlimen P.202 Sri Aman Bagi Zon B Bukit Begunan di Rumah Lindang Jemat, Lachau Ili, Pantu kelmarin.

Sementara itu Masir juga melahirkan rasa kesalnya berhubung tindakan sesetengah ibubapa yang menjual laptop 1Malaysia (komputer riba) milik anak-anak yang diterima secara percuma daripada kerajaan sebelum ini.

“Lebih menyedihkan lagi ialah apabila ada ibubapa menyalahgunakan duit KWAP atau duit bantuan milik anak-anak yang diterima daripada kerajaan untuk lain-lain tujuan yang tidak berfaedah.

“Sayugia diingatkan bahawa tindakan ibubapa menjual laptop anak-anak menyebabkan mereka ketinggalan dalam Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) selepas ini. Malahan pemberian duit KWAP oleh kerajaan kepada anak-anak juga adalah untuk tujuan pendidikan bukan untuk bersuka-ria,” katanya.

Terdahulu Majlis Penutupan Kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia peringkit Parlimen P.202 Sri Aman Bagi Zon B Bukit Begunan telah disempurnakan oleh Menteri Muda Permodenan Pertanian, Mong anak Dagang.

Hadir sama ialah Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Parlimen P.202 Sri Aman, Whelton Lumpoi, Pegawai Tadbir Sosial Pejabat Residen Sri Aman, Zaidi Sarkawi, Penolong Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Sri Aman, Mohd Ishrak Ismail, para kakitangan kerajaan dan ketua kaum di sini.

Masir menerusi majlis itu turut menyampaikan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar kepada rumah panjang dari kawasan Lachau antaranya ialah Rumah Lani, Kawasan Pasar Lachau, Rumah Wilson Mupit dan Rumah Insoh.

Tamat.

No comments:

Post a Comment