Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 October, 2010

Jangan harap berjaya kalau masuk universiti saja, Mong


Caption: RASMI...Mong (kiri) sedang memalu gong sambil disaksikan oleh Dorris (tengah), Whelton (kanan) dan tetamu undangan khas yang lain ketika berlangsungnya majlis itu.

SRI AMAN, Selasa (5 Okt) – Golongan remaja tidak harus bersandar kepada universiti jika mahu berjaya dalam hidup ketika era pembangunan pesat negara di masa akan datang kata Menteri Muda Permodenan Pertanian, Mong anak Dagang.

Katanya terdapat banyak institusi awam dan swasta di negara ini yang menawarkan ilmu kemahiran kepada para remaja selain daripada ilmu pengetahuan yang ditawar oleh universiti.

“Sebenarnya kemahiran amat penting untuk semua remaja jika mahu bersaing dalam pasaran kerja di masa akan datang dan bukan setakat ke universiti untuk menimba ilmu pengetahuan.

“Politeknik dan MARA merupakan salah satu daripada institusi kemahiran yang terdapat di negara ini. Justeru saya mengalakkan ibubapa untuk menasihatkan anak-anak berhubung perkara terbabit demi kepentingan masa depan mereka kelak,” menurut beliau.

Mong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam sempena Ulangtahun Penubuhan Biro Pendidikan Rumah Lanchum Dagang, Kampung Sungai Tenggang di sebuah restoran dalam bandar Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu beliau yang juga Menteri Muda Pelancongan dan Warisan mahu setiap ibubapa membuat persediaan awal untuk membantu melanjutkan persekolahan anak-anak ke peringkat lebih tinggi selepas ini.

“Ibubapa perlu serius mengalakkan anak-anak untuk menghadiri kelas tambahan di samping menabung demi memastikan belanjawan kewangan mereka cukup bagi menampung keperluan pendidikan anak-anak ke peringkat menara gading nanti.

“Langkah awal amat penting demi tujuan ini. Jika tidak anak-anak khususnya mereka yang datang dari kawasan rumah panjang akan terus ketinggalan berbanding dengan penduduk bandar dari aspek kemajuan apabila Malaysia mencapai taraf negara maju kelak,” menurut beliau.

Terdahulu Mong menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi tahun 2011 bernilai RM10,000 kepada JKKK Rumah Lanchum Dagang.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Rakyat iaitu Senator Dorris Brodi, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Parlimen P.202 Sri Aman, Whelton Lumpoi, Pengerusi JKKK Kampung Sungai Tenggang, Tr Lanchum Dagang dan Pengerusi Biro Pendidik Rumah Lanchum, DSP Boniface Nyambong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment