Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 October, 2010

Jadual perlawanan bagi 12 pasukan Pertandingan Futsal 1Belia 1Malaysia Sri Aman sudah ditentukan






Caption: UNTUK ALBUM...Mark (duduk tengah) bergambar kenangan bersama jawatankuasa penganjur dan wakil pasukan yang layak ke pertandingan akhir pertandingan sebaik sahaja selesai sesi undian kelmarin.

- 6 Oktober

Jadual perlawanan bagi 12 buah pasukan yang akan berentap dalam Kategori Lelaki Pertandingan Futsal 1Belia 1Malaysia Peringkat Parlimen P.202 Sri Aman pada 9 Oktober ini telah pun ditentukan menerusi sesi cabutan perlawanan akhir yang berlangsung di bilik mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Sri Aman petang kelmarin.

12 buah pasukan yang telah melayakkan diri ke perlawanan akhir pertandingan ini ialah pasukan KSK Balai Ringin (BR) A, KSK BR B, Sonet 18 B dan Tunas Futsal dari Zon Z Balai Ringin, pasukan Lachau FC, Akka FC, Melbers FC dan Strosy FC dari Zon B Bukit Begunan dan pasukan Sokanjaya FC, L.4 FC, Belia Kampung Muhibah serta Galaticos FC dari Zon C Simanggang.

Aksi perlawanan pembuka tirai yang akan bermula jam 7 pagi pada 9 Oktober ini di Gelanggang Serbaguna, Rumah Lindang Jemat, Lachau Ili, Pantu bakal menyaksikan pasukan Belia Kampung Muhibah dan pasukan Lachau FC berentap dalam perlawanan pertama kejohanan terbabit.

Pasukan Tunas Futsal pula akan menentang Galaticos dalam perlawanan ke-2, KSK Balai Ringin A menentang KSK Balai dalam perlawanan ke-3 dan Akka FC menentang Melbers FC dalam perlawanan ke-4 dalam pertandingan berkenaan.

Pertandingan akhir yang dilaksana menerusi sistem ‘double knock out’ ini juga menyaksikan empat buah pasukan diundi bagi mengisi kedudukan ‘by’ (menunggu) untuk perlawanan ke-5, ke-6, ke-7 dan ke-8 antaranya ialah pasukan L. 4 FC, Sokanjaya FC, Sonet 18 B dan Strossy FC.

Dua pasukan terbaik akan berentap dalam perlawanan akhir yang akan berlangsung di gelanggang terbabit pada jam 5 petang. Sementara itu perlawanan bagi kategori wanita bagi pertandingan ini pula akan bermula pada jam 2.20 petang di gelanggang tersebut.

Empat pasukan futsal wanita yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Futsal 1Belia 1Malaysia Peringkat P.202 Sri Aman ini ialah Biro Wanita Sokanjaya, Ever Wave, RM Region F.C dan Lachau Bejembi.

Majlis penyampaian hadiah kepada pasukan pemenang ini akan dirasmikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis bertempat di Rumah Lindang Jemat, Lachau Ili, Pantu. Bakal hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat.

Pasukan juara bagi setiap zon dalam Pertandingan Futsal 1Belia 1Malaysia 2010 Peringkat Parlimen P.202 Sri Aman ini akan memperoleh hadiah wang tunai bernilai RM500, piala dan pingat.

Manakala pasukan yang memperoleh naib juara pula akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM300 dan pingat manakala pasukan pemenang tempat ke-3 akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200 serta pingat.

Terdahulu Setiausaha Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Futsal 1Belia 1Malaysia 2010 Peringkat Parlimen P.202 Sri Aman, Mark Leroy Anthony telah mempengerusikan sesi cabutan undi bagi semua pasukan yang bakal berentap dalam perlawanan akhir kejohanan tersebut.

Tamat.

No comments:

Post a Comment