Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 October, 2010

Harijadi kakitangan Pejabat Residen Sri Aman dirai


RAIKAN BERSAMA...Hari lahir bagi enam orang kakitangan Pejabat Residen Sri Aman telah dirai bersempena dengan Majlis Malam Mesra Ramah Tamah Aidilfitri Sekalung Budi Rando 2010 yang berlangsung di Pejabat Residen Sri Aman malam kelmarin. Kesemua hari lahir bagi enam orang kakitangan berkenaan dirai apabila tarikh lahir mereka jatuh pada sepanjang bulan Oktober ini. Majlis yang dirasmikan oleh Residen Sri Aman, Abang Shamsuddin Abang Seruji itu telah dihadiri 300 orang penduduk dari sekitar kawasan Sri Aman. Majlis diserikan lagi dengan aktiviti nyanyian lagu karaoke, penyampaian insentif kepada anak ahli kelab Rando, penyampaian duit Raya, penyampaian sijil ISO kepada jabatan kerajaan sekitar Bahagian Sri Aman dan banyak lagi. - 8 Okt

No comments:

Post a Comment