Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 October, 2010

Gerai Medan Selera Simunjan meriah



Caption:

1.SAMBUTAN MENGALAKKAN...Sebahagian daripada para pengunjung yang menikmati juadah makanan di Gerai Medan Selera, Pekan Simunjan.

2. UNTUNG...Zulkarnain sedang menguruskan perniagaan roti canainya di Gerai Medan Selera, Pekan Simunjan.

SIMUNJAN, Khamis (14 Okt) – Pembukaan Gerai Medan Selera di Pekan Simunjan nyata merancakkan lagi aktiviti ekonomi penduduk di situ semenjak ia dirasmikan bulan bulan Julai lepas.

Menerusi hasil Majlis Daerah Simunjan (MDS), penduduk di Pekan Simunjan berpeluang untuk meluangkan altiviti santai di 10 buah lot pe0rniagaan dalam Gerai Medan Selera yang disumbangkan oleh pihak Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (PPES).

Terletak bersebelahan dengan stesen bas Pekan Simunjan, Gerai Meda Selera nyata menawarkan pelbagai makanan, minuman dan lain-lain produk yang menarik kepada pengunjung luar mahupun penduduk tempatan di Simunjan.

Seorang pengunjung, Bakar bin Wan Ridzuan, 48, memberitahu bahawa beliau dan rakan-rakan menjadikan Gerai Medan Selera di situ untuk menjamu selera dan berehat ketika waktu lapang.

Gerai yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong, Hajah Nancy Syukrie katanya iatu menawarkan pelbagai juadah makanan yang menarik serta sesuai untuk dijamu oleh semua penduduk berbilang kaum dalam kawasan Simunjan.

Manakala itu seorang peniaga, Zulkarnain bin Shah, 40, Gerai Medan Selera memberikan rezeki baru terhadap beliau menerusi perniagaan roti canai yang diusahakan di gerai berkenaan selama ini.

“Saya memulakan aktiviti perniagaan roti canai saya seawal jam 4 petang sehingga larut malam. Sungguh mengejutkan apabila mendapati bahawa sambutan orang ramai terhadap perniagaan di sini amat mengalakkan.

“Dengan kata lain kerajaan bertindak bijak untuk menaikkan status ekonomi penduduk dengan membuka Gerai Medan Selera di sini semenjak bulan Julai lepas,” katanya yang berjaya menjual sekitar 200 keping roti canai sehari di gerai berkenaan.

Terdahulu jurucakap MDS ketika dihubungi memberitahu pihaknya telah merancang untuk mengadakan satu lagi Gerai Medan Selera yang berkonsepkan Pasar Malam di Pekan Sebuyau dalam masa terdekat kelak.

“Gerai Medan Selera di Pekan Sebuyau, seperti yang terdapat di Pekan Simunjan ini dijangka akan beroperasi tidak lama lagi bertempat di kawasan padang tempat letak kereta dalam pekan terbabit.

“Pembukaan Gerai Medan Selera membolehkan para peniaga melaksanakan urusan perniagaan masing-masing di tempat yang telah dikhaskan untuk mereka,” katanya sambil menambah pembukaan Gerai Medan Selera terbabit bakal menggalakkan penglibatan kaum Bumiputera dalam bidang perniagaan selepas ini.

Beliau turut menambah bahawa pihak MDS berkemungkinan akan menambah bilangan gerai yang sedia ada di Pekan Simunjan berdasarkan kepada jumlah permohonan yang tinggi daripada orang ramai yang berminat untuk berniaga di kawasan berkenaan sebelum ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment