Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 October, 2010

CNI Sri Aman meriahkan hari terbuka CNI di Kuching



Caption:

1. TAHNIAH...Kenny Ong (kanan) ketika menyampaikan hadiah pemenang peraduan mewarna kategori 10 – 12 Tahun kepada wakil CNI Sri Aman, Elieen Wee ketika berlangsungnya program terbabit.

2. UNTUK ALBUM...Thien (kanan sekali) ketika merakamkan gambar kenangan bersama rombongan CNI Sri Aman yang hadir bagi memeriahkan penganjuran program berkenaan.


SRI AMAN, Isnin (6 Okt) – Pusat Pengedaran Creative Network International (CNI) cawangan Sri Aman telah menghantar seramai 60 orang ahli bagi menghadiri Hari Terbuka Aidilfitri Pertama Bersama CNI yang berlangsung di Kuching baru-baru ini.

Pengurus cawangannya iaitu Thien Siew Chiang menerusi kenyataan beritanya memberitahu penyertaan pihaknya dalam aktiviti ini membolehkan para ahli menimba pengalaman baru menerusi pengkongsian pendapat bersama ahli CNI yang datang dari seluruh pelusuk negeri Sarawak pada majlis itu.

“CNI cawangan Sri Aman juga tidak mahu melepaskan peluang untuk memeriahkan suasana sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri di Kuching yang diraikan menerusi konsep 1Malaysia pada tahun ini.

“Justeru pihak kita telah menghantar rombongan yang terdiri daripada 60 orang ahli, anak ahli dan sanak saudara mereka untuk sama-sama memeriahkan Hari Terbuka Aidilfitri Pertama Bersama CNI pada hari terbabit,” menurut beliau.

Terdahulu Hari Terbuka Aidilfitri Pertama Bersama CNI ini telah dimeriahkan dengan sesi karaoke, cabutan tiket bertuah, ganjaran pengunjung awal, peraduan mewarna untuk kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan dan nasihat percuma, analisis kulit serta banyak lagi.

CNI cawangan Sri Aman telah mencipta nama dalam peraduan mewarna menerusi program itu apabila wakilnya Jerome Sie Kiang Pin muncul juara bagi kategori 7 hingga 9 Tahun.

Manakala peraduan mewarna untuk kategori 10 hingga 12 tahun pula menyaksikan pesertya CNI Sri Aman, Eileen Wee Yin Ru muncul juara manakala Joanna Sie Yong En muncul juara untuk kategori bawah 7 Tahun.

Kesemua hadiah berupa hamper kepada para pemenang peraduan mewarna bagi kesemua kategori terbabit telah disampaikan oleh Naib Presiden, Strategi Korporat Dan Pemasaran CNI Enterprise Sendirian Berhad iaitu Kenny Ong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment