Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 October, 2010

Bajet 2011 - apa kata penduduk Simunjan?












SABTUYAH...Ringankan beban


ZAIDI...Capai matlamat

MORSIHIDIE...Puashati







SIMUNJAN, Isnin (18 Okt) – Pembentangan Bajet 2011 nyata membanggakan penduduk semenjak ia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari Jumaat lepas.

Walaupun pembentangan bajet kali ini tidak membabitkan pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan namun mereka berasa gembira kerana bajet terbabit mengambilkira kepentingan semua pihak.

Sabtuyah binti Joni, 41, guru KAFA dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sageng, Simunjan melahirkan rasa gembiranya berhubung pembentangan bajet berkenaan apabila kerajaan menaikkan imbuhan bulanan guru KAFA sebanyak RM800.

“Ini berita gembira buat diri saya dan keluarga. Kenaikkan imbuhan guru KAFA sebanyak RM800 kali ini sudah semestinya dapat meringankan lagi belanjawan kewangan saya dan keluarga,” menurut beliau yang telah mengajar di sekolah terbabit semenjak tahun 2002.

Seorang peniaga, Morshidi bin Jeraie, 71, pula melahirkan rasa berpuashati terhadap pembentangan bajet 2011 kali ini walaupun ia tidak banyak menyentuh tentang peniaga kecil secara khusus.

Beliau berpendapat bahawa peruntukan bernilai RM2.1 bilion kepada negeri Sabah dan Sarawak menerusi pembentangan bajet kali ini sudah semestinya dapat menaiktaraf kemudahan asas dan infrastruktur untuk kebaikan penduduk dari kedua-dua negeri ini.

“Peruntukan bernilai RM2.1 bilion ini sudah tentunya dapat mengalakkan kemasukan lebih ramai pelancong ke Sarawak dan sekaligus juga merancakkan lagi sektor perniagaan penduduk di kawasan luar bandar,” menurut beliau.

Seorang kakitangan kerajaan, Askaimi bin Melawi, 47, menyambut baik bantuan khas kewangan sebanyak RM500 daripada kerajaan walaupun tiada bonus yang diumumkan untuk mereka bagi pembentangan bajet kali ini.

“Bantuan kewangan RM500 sudah memadai bagi membantu ibubapa dalam membuat persediaan untuk membeli peralatan dan perkakasan sekolah anak-anak pada tahun depan,” menurut beliau.

Zaidi bin Ibrahim, pekerja syarikat swasta pula berpendapat pembentangan bajet 2011 memberi banyak manfaat kepada penduduk Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang.

Peruntukan bernilai RM2.1 bilion kepada Sabah dan Sarawak kata Zaidi akan membolehkan kerajaan mencapat matlamat mewujudkan penduduk berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kelak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment