Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 October, 2010

Anak aset penting pembangunan negara, Rayong



Caption: SELAMAT DATANG YB...Rayong (kiri) bersama Nyalau (tengah) ketika tiba di SK Engkilili No.2 untuk tujuan perasmian program berkenaan baru-baru ini.

ENGKILILI, Ahad (10 Okt) – Anak- anak merupakan aset penting bagi memacu pembangunan negara di masa akan datang demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dr Johnnical Rayong anak Ngipa.

Justeru penguasaan anak-anak dalam bidang akademik katanya adalah amat penting bagi membolehkan anak-anak menjadi individu professional untuk kesinambungan proses pembangunan negara dan negeri khasnya selepas ini.

“Kerajaan mahu anak-anak pada masa sekarang menjadi individu professional membangunkan negara dari segi bidang politik, ekonomi dan sosial dalam temph 10 hingga 20 tahun kelak.

"Bagaimanapun kerajaan perlu melahirkan lebih ramai anak-anak yang cemerlang dalam bidang akademik. Ia penting agar anak-anak ini nanti mengambilalih tampuk pentadbiran negara kelak,” katanya.

Rayong berkata demikian ketika berucap pada Majlis Merarau (Makan Tengahari) Warga Pendidik Zon Engkilili di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Engkilili No.2, Engkilili baru-baru ini.

Selain itu ibubapa menurut beliau juga memikul tanggungjawab berat dalam mendidik anak-anak ketika berada di rumah walaupun tugas itu digalas oleh para guru ketika berada di sekolah.

“Ibubapa dan guru harus sentiasa berbincang dan bekerjasama di antara satu sama yang lain berhubung hal ehwal peningkatan taraf akademik anak-anak. Peranan ini penting bagi merealisasikan matlamat kerajaan bagi mencapai status negara maju selepas tahun 2020 kelak,” katanya.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak. Hadir sama Pegawai Penerangan Parlimen JASA Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba, para kakitangan kerajaan dan ketua kaum di sini.

Rayong menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Ibubapa Dan Guru SK Engkilili No.2.

Tamat..

No comments:

Post a Comment