Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 October, 2010

400 pelajar Betong terima Netbook 1Malaysia



Caption: GIGIH...Para murid sedang mempelajari penggunaan ICT di Perpustakaan Jalur Lebang Bahagian Betong ketika dikunjungi oleh Utusan Sarawak hari ini.


BETONG, Ahad (11 Okt) - Perpustakaan Jalur Lebar Bahagain Betong telah mengadakan Program Pengaktifan Netbook 1Malaysia bagi peringkat Bahagian Betong bermula minggu lepas hingga Isnin depan.

Pegawai Menguasa Jalur Lebar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM) Bahagian Betong, Abang Kamarul Azlan bin Abang Haji Aing berkata program terbabit telag berlangsung di lobi Perpustakaan Jalur Lebar Bahagian Betong.

“Program Pengaktifan Netbook 1Malaysia ini diadakan bersempena dengan Majlis Penyampaian Netbook Dalam Usaha Initiatif Jalur Lebar Negara.

“Initiatif ini telah pun diadakan di semua wilayah dalam negeri Sarawak bagi memenuhi hasrat kerajaan bagi melahirkan golongan celik IT dan seterusnya merealisasikan matlamat mewujudkan golongan modal insan celik IT di masa akan datang,” katanya.

Untuk menjayakan program ini kata Kamarul, pelajar terpilih dari empat buah sekolah menengah dalam kawasan Bahagian Betong telah mendapat satu set komputer riba (netbook) menerusi program berkenaan.

“Pihak kita telah memilih seramai 100 orang pelajar dari setiap empat buah sekolah menengah dalam kawasan Bahagian Betong untuk menerima satu set netbook seorang menerusi program itu.

“Empat buah sekolah menengah terbabit adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Augustine Betong, SMK Datuk Patinggi Kedit Betong, SMK Pusa dan SMK Beladin,” katanya.

Justeru Kamarul berharap agar program itu nanti dapat memberi peluang kepada semua pelajar terpilih untuk menimba pengetahuan baru dengan adanya pendedahan terhadap Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) selepas ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment