Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 September, 2010

Terap konsep identiti nasional untuk semai perpaduan - Harden


Caption: UNTUK MU...Harden (kiri) menerima cenderamata daripada Lim (kanan) ketika berlangsungnya majlis terbabit.

SRI AMAN, Rabu (22 Sept) – Konsep pemasyarakatan perpaduan yang bertujuan untuk menerapkan ciri-ciri identiti nasional bagi membangunkan bangsa Malaysia berteraskan kepada dua unsur utama iaitu semangat persaudaraan dan kewarganegaraan yang tinggi.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata proses penerapan kedua-dua nilai ini dilakukan secara terancang serta tersusun dengan menggunakan segala jentera kemasyarakatan dan prasarana yang wujud seperti pendidikan, media massa, agama dan organisasi sosial masyarakat setempat.

“Seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020, matlamat utama pucuk pimpinan negara ialah untuk membentuk bangsa Malaysia yang bersatupadu walaupun matlamat ini bukan mudah dicapai.

“Ini kerana pemimpin perlu melihat banyak sensitiviti yang perlu dijaga seperti perasaan kewilayahan, perbezaan kepercayaan antara agama, budaya dan sebagainya,” menurut beliau ketika merasmikan Majlis Makan Malam Persatuan Lim Clan Sri Aman di sebuah restoran tempatan dalam bandar ini baru-baru ini.

Selain itu masyarakat katanya membuat pilihan bijak sekiranya mereka terus memberikan sokongan terhadap kerajaan yang diteraju oleh komponen parti BN pada pilihan raya akan datang.

Penyaluran peruntukan yang besar dan perlaksanaan projek Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) kata Harden dalam negeri ini katanya sudah cukup menjadi bukti bahawa hanya BN yang boleh membangunkan hidup mereka.

“Oleh itu mendengar hasutan pihak pembangkang adalah sia-sia berbanding dengan menyokong kerajaan BN bagi menjayakan segala projek pembangunan dalam negeri kita khasnya di kawasan Sri Aman,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu.

Terdahulu Harden menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada Persatuan Lim Clan, RM3,000 untuk pergerakan pemudanya manakala RM3,000 untuk pergerakan wanita persatuan terbabit.

Majlis Makan Malam Persatuan Lim Clan Sri Aman turut dimeriahkan dengan penyampaian insentif kepada para pelajar, persembahan nyanyian karaoke dan banyak lagi.

Hadir sama ialah Pengerusi Persatuan Lim Clan Sri Aman, Lim Yau Kuang, Pemanca Sii Toh Peng, Penghulu Lee Shiang Hua, para kakitangan kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment