Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 September, 2010

Team Sebangki Panjai dapat baju sponsor dari Chop Thai Chiang


Caption: IKHLAS...Tay (dua kiri) menyerahkan jersi bola sepak kepada Patrick (kanan) sambil disaksikan oleh Edwin (dua kanan) dan Kanang (tengah).


SRI AMAN, Isnin (6 Sept) - Syarikat penjualan peralatan binaan rumah, gas dan cat iaitu Chop Thai Chiang telah menyampaikan sumbangan berupa jersi bola sepak kepada pasukan Sbangki Panjai FC menerusi majlis ringkas yang berlangsung di sini kelmarin.

Sumbangan jersi ini disampaikan oleh pemilik syarikat berkenaan iaitu Tay Choon Tong kepada kapten pasukan berkenaan, Patrick Richard untuk aksi saingan Pertandingan Futsal 1Belia 1Malaysia kawasan Parlimen 203 Lubok Antu pada 25 hingga 26 September ini nanti.

Pertandingan futsal anjuran Jabatan Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Pejabat Daerah Lubok Antu terbuka kepada peserta wanita dan lelaki yang berusia 15 tahun ke atas.

Dua padang Futsal akan menjadi gelanggang bagi menjayakan pertandingan ini iaitu Gelanggang Futsal Tuai Rumah Lagan, Empit dan Gelanggang Futsal Skim Skrang, Engkilili Sri Aman.

Pertandingan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Engkilili akan diadakan di padang Futsal Skim Skrang pada 25 September manakala DUN Batang Ai pula ialah pada 26 September ini.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak dijangka akan merasmikan pertandingan futsal yang diadakan di Tr Lagan, Empit manakala ADUN Engkilili Dr Johnincal Rayong anak Ngipa akan merasmikan pertandingan yang serupa di Skim Skrang, Engkilili.

Hanya lapan pasukan terbaik sahaja yang layak ke pertandingan peringkat akhir dalam sistem ‘Double Knock Out’ yang akan berlangsung Kompleks Sukan Lubok Antu pada 2 hingga 3 Oktober depan.

Hadir sama bagi menyaksikan upacara penyampaian sumbangan jersi ini ialah Pengurus Pasukan Sbangki Panjai FC iaitu Edwin anak Raoh @ Berboloi dan Temenggong Kanang anak Langkau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment