Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 September, 2010

Saya still calon SUPP untuk DUN Simanggang - Harden


Caption: PENGHARGAAN...Harden (tiga kanan) KETIKA menerima cenderamata daripada Pengerusi JKKK Taman Gamang, Boniface Andil (tiga kiri) dalam majlis itu.

SRI AMAN, Isnin (6 Sept) – Datuk Francis Harden anak Hollis berharap agar rakyat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang tidak mudah termakan spekulasi liar yang mendakwa bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi DUN berkenaan pada pilihan raya negeri akan datang.

Spekulasi terbabit yang sengaja digembar-gemburkan oleh sesetengah ahli politik pembangkang termasuk bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di sini pada masa dahulu katanya hanya bertujuan untuk mengelirukan rakyat.

“Memang calon BN yang dipilih untuk bertanding di sesebuah kerusi DUN milik parti terbabit ditentukan oleh pihak pucuk pimpinan parti dan daripada pengerusi BN Negeri itu sendiri.

“Pihak pimpinan parti sudah pun mengesahkan bahawa saya akan mempertahankan kerusi ini (DUN Simanggang) pada pilihan raya negeri kelak atas tiket Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) – BN. Ia sekaligus menolak spekulasi liar berhubung isu terbabit selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Makan Malam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Gamang 2010 di sebuah restoran tempatan dalam bandar Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu Harden juga optimis bahawa SUPP akan dapat mempertahankan kerusi DUN Simanggang pada pilihan raya negeri ini nanti memandangkan rakyat luar bandar masih memerlukan sokongan BN untuk tujuan pembangunan.

“Senario seumpama ini sering berlaku acapkali menjelang pilihan raya. Ada orang si anu itu akan melawan saya manakala ada banyak calon cuba memecah undi saya di kerusi DUN Simanggang pada pilihan raya negeri ini kelak.

“Itu perkara normal. Saya masih tetap mempertahankan kerusi DUN Simanggang menggunakan tiket SUPP –BN dan yakin masih mampu meraih sokongan undi yang besar daripada rakyat di sini pada pilihan raya negeri ini kelak,” katanya.

Harden menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecuil Luar Bandar (MRP) bernilai RM3,000 kepada JKKK Taman Gamang dan RM2,000 untuk biro wanita JKKK berkenaan. Ahli Parlimen Sri Aman menerusi wakilnya juga turut mengumumkan peruntukan bernilai RM3,000 untuk JKKK berkenaan.

Terdahulu, Harden menerusi SUPP–BN berjaya mempertahankan kerusi DUN Simanggang setelah menewaskan calon Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Peli anak Aron dengan 4,258 majoriti undi pada pilihan raya negeri 2006 dahulu.

Ura-ura kini menyebut bahawa Leon anak Jimmy Donald dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) bakal bertanding untuk merebut kerusi DUN Simanggang daripada SUPP pada pilihan raya negeri akan datang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment