Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

25 September, 2010

RELA Sri Aman turun padang bantu keluarga anggota yang meninggal dunia


Caption: IKHLAS...Bajuri (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Florence (tengah) ketika berlangsungnya upacara itu hari ini.

SRI AMAN, Jumaat (24 Sept) – Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Daerah Sri Aman turun padang bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga Nicholas Talip anak Saah yang meninggal dunia pada 14 September lepas.

Mendiang Talip, 58, Ketua Platun RELA bagi Unit Batu Lintang yang meninggal dunia akibat sakit tertentu dan meninggalkan seorang isteri serta empat orang anak telah mendapat perhatian RELA Sri Aman dengan melakukan derma kilat bagi tujuan itu.

Menerusi derma kilat ini, RELA Daerah Sri Aman telah berjaya mengutip sebanyak RM832 daripada unit RELA Batu Lintang, Kampung Hilir dan Kampung Muhibah di Sri Aman.

Kesemua sumbangan ini telah disampaikan oleh Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Leftenan Kolonel (RELA) Bajuri Haji Adom kepada isteri mendiang iaitu Florence anak Nawang bertempat dikediamannya di Undop, Batu Lintang, Sri Aman hari ini.

Bajuri ketika ditemui selepas upacara penyampaian sumbangan ini berharap agar keluarga mendiang Talip bersabar dan menerima kehilangan orang tersayang mereka dengan hati yang redha selepas ini.

“Kami juga berharap agar keluarga mendiang Talip dapat menggunakan sumbangan derma kilat terbabit dengan sebaik yang mungkin walaupun jumlahnya dianggap tidak seberapa.

“Ini menunjukkan bahawa anggota RELA Daerah Sri Aman amat prihatin terhadap musibah yang melanda rakan-rakan mereka. Justeru kita berharap agar sikap ini terus dikekalkan dikalangan ahli RELA selepas ini,” katanya.

Hadir sama pada upacara itu ialah Mejar (RELA) Joshua anak Ijau, Ketua Platun RELA Unit Kampung Hilir, Leftenan Helmi Haji Semawi dan 13 orang anggota RELA Daerah Sri Aman yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment