Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 September, 2010

PPWS Sri Aman kunjung raya ke rumah Saidah


Caption: UNTUK ALBUM...Ahli PPWS Sri Aman bergambar kenangan di kediaman Saidah dan keluarga ketika berlangsungnya kunjungan terbabit.

Abang Naim Abang Pauzi

SRI AMAN, Selasa (21 Sept) – Perayaan Hari Raya Aidilfitri masih disambut dengan meriah apabila Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Kawasan Sri Aman mengadakan kunjungan raya ke kediaman Pengerusi PPWS Daerah Sri Aman, Saidah Saibi kelmarin.

Saidah menerima kunjungan seramai 20 orang ahli PPWS Kawasan Sri Aman yang diketuai oleh pengerusinya Nur Khatijah Abdulllah ini di kediamannya yang terletak di Jalan Sukun, Sri Aman.

Khatijah ketika ditemui memberitahu aktiviti kunjungan ini sangat wajar dilakukan selaras dengan hasrat pihak PPWS untuk menyahut seruan perlaksanaan konsep Gagasan 1Malaysia pada masa sekarang.

Ia menurut beliau terbukti apabila ahli rombongan PPWS Kawasan Sri Aman yang mengadakan kunjungan raya ke kediaman Sadiah terdiri daripada pelbagai etnik dan agama.

“Malahan kunjungan tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan tali silaturahim disamping memupuk semangat perpaduan sejajar dengan perlaksanaan gagasan 1Malaysia,” katanya.

Selain itu beliau juga mengalakkan semua persatuan atau pertubuhan untuk lebih kerap mengadakan kunjungan ketika berlangsungnya perayaan di kawasan penempatan masing-masing selepas ini.

Dengan berbuat demikian semua persatuan kata Khatijah telah menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan hubungan perpaduan yang lebih erat dikalangan penduduk berbilang kaum di Sri Aman.

“Justeru pihak PPWS Kawasan Sri Aman berharap agar dapat mengadakan kunjungan ke kediaman para ahli yang bakal menyahut perayaan Hari Krismas pada bulan Disember ini nanti,” menurut beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment