Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 September, 2010

Pertandingan Mewarna 1Malaysia dapat sambutan


Caption: TAHNIAH...Simoi menyampaikan hadiah kepada pemenang sambil disaksikan oleh Douglas (kiri) dan Bakthiar (kanan) ketika berlangsungnya majlis itu.

SRI AMAN, Khamis – Sambutan Hari Malaysia peringkat Daerah Sri Aman 2010 telah disemarakkan lagi dengan penganjuran Pertandingan Mewarna 1Malaysia yang berlangsung di Mini Stadium Sri Aman hari ini.
 
Pertandingan Mewarna 1Malaysia anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sri Aman ini menyaksikan penglibatan seramai 400 orang kanak-kanak dan murid sekolah rendah dari sekitar Bahagian Sri Aman.
 
Peserta dari Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Simanggang telah membuktikan kehebatan bakat mereka apabila berjaya merangkul kedudukan tempat pertama hingga ke-3 bagi Kategori 7 – 8 Tahun menerusi Pertandingan Mewarna 1Malaysia berkenaan.
 
Jerome Sie Kiang Pin muncul juara Kategori 7 – 8 Tahun Pertandingan Mewarna 1Malaysia ini manakala Wong Luo Qian dan Kueh Sin Joul masing-masing menduduki tempat ke-2 dan ke-3 dalam kategori itu.
 
Kategori Murid Berumur 6 Tahun pula menyaksikan Nur Aleya binti Adiera Jahri dari Tabika KEMAS Punggu muncul juara untuk Pertandingan Mewarna 1Malaysia berkenaan.
 
Manakala itu dua orang kanak-kanak dari Tabika Sedidik Sri Aman iaitu Mohd Syafiq Akmal Mohd Sulong dan Hana Ruzana Zulkarnaim pula muncul pemenang tempat ke-2 dan ke-3 bagi kategori berkenaan.
 
Sementara itu Nurul Hasfarina dari Tabika Sedidik, Sri Aman muncul juara bagi Kategori Kanak-Kanak Berumur 4 hingga 5 Tahun menerusi Pertandingan Mewarna 1Malaysia ini.
 
Tempat ke-2 dan ke-3 untuk kategori itu pula masing-masing telah disandang oleh Ashley Alam dari Tabika KEMAS Temudok dan Jasmine Lyna Duri dari Tabika KEMAS Kem Pakit.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi binti Haji Peri telah menyempurnakan upacara penyampaian hadiah berupa hamper kepada para pemenang bagi pertandingan tersebut.
 
Hadir sama ialah Pegawai Tadbir Sarawak dari Pejabat Daerah Sri Aman, Douglas Amut, Timbalan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.23 Lingga, Baktiar Mathan serta ahli jawatankuasa pengelola yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment