Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 September, 2010

Pertandingan Lampu Elektrik meriahkan raya di Betong


Caption: JOHAN...Kediaman milik Abdul Nasir dinobatkan sebagai johan Pertandingan Hiasan Lampu Elektrik yang diadakan sempena perayaan Hari Raya di Betong pada 10 September lepas.

Oleh Saleman Senin

BETONG, Ahad (12 Sept) – Sambutan Perayaan Hari Raya nyata tidak meriah tanpa adanya aktiviti bertuntung lampu minyak tanah di kalangan penduduk yang menyambut perayaan Hari Raya Aidilftri tahun ini.

Bagaimanapun kemeriahan bertuntung lampu minyak tanah yang telah menjadi amalan semenjak dari dahulu lagi terpaksa dilupakan apabila hujan turun setiap malam di kawasan Betong bermulanya dari waktu Malam 7 Likur sebelum ini.

Faktor ini telah mendorong Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari Kampung Masjid Betong menganjurkan demi memeriahkan sambutan Hari Raya di Betong baru-baru ini.

Menerusi Pertandingan Hiasan Lampu Elektrik ini, Abdul Nasir telah dinobatkan sebagai johan setelah kediaman beliau berjaya memperoleh markah tertinggi menerusi faktor keceriaan, kreativiti dan beberapa perkara perkara lain pada pertandingan itu.

Kedudukan naib johan untuk Pertandingan Hiasan Lampu Elektrik ini pula telah disandang oleh Haji Abang Taha Bin Abang Bujang manakala Abang Taha bin Abang Spawi pula memperoleh kedudukan ketiga dalam pertandingan berkenaan.

Terdahulu jurucakap penganjur ketika ditemui memberitahu Pertandingan Hiasan Lampu Elektrik ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh pihak JKKK dan ranting PBB Kampung Masjid Betong ketika menjelang sambutan 1 Syawal di kawasan Betong/

“Pertandingan ini dilihat sebagai salah satu langkah untuk mewujudkan semangat perpaduan dikalangan umat Islam yang menyambut perayaan Hari Raya pada 1 Syawal lalu.

“Dengan adanya pertandingan tersebut semangat raya pastinya dapat dirasakan oleh seluruh umat Islam ketika menjelang hari lebaran setelah sebulan menjalani ibadah puasa bermula 1 Ramadan lepas,” katanya.

Terdahulu keputusan pertandingan yang telah dinilai pada malam pertandingan berkenaan bakal diumumkan ketika berlangsungnya Majlis Lawatan Yang Berhormat sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri ke Kampung Melayu Betong ini nanti.

Pihak ranting PBB Kampung Masjid Betong turut menghias Pintu Gerbang Kampung bagi mengindahkan lagi suasana sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri di Betong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment