Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 September, 2010

Persatuan Sinar Budaya Sri Aman anjur ramah tamah raya


Caption: UNTUK ALBUM...Ahli Persatuan Sinar Budaya Sri Aman bergambar kenangan sebaik sahaja selepas program terbabit.


SRI AMAN, Sabtu (18 Sept) – Persatuan Sinar Budaya Sri Aman telah menganjurkan Program Jom Berambeh Raya 2010 bersempena dengan ulangtahun pertama penubuhan persatuan berkenaan di sini baru-baru ini.

Program Jom Berambeh Raya 2010 yang berlangsung di D’Sukut Mata, No.106, Kampung Hulu itu telah diserikan dengan pertandingan mewarna kanak-kanak, ramah tamah aidilfitri, pertandingan shuffle, karaoke kanak-kanak, karaoke dewasa / remaja dan pakaian terbaik.

Setiausaha Persatuan Sinar Budaya Sri Aman, Abdullah bin Suhaili ketika ditemui berkata Program Jom Berambeh Raya 2010 ini bertujuan untuk meraikan hari lebaran yang disambut secara bersama dengan penduduk berbilang kaum di Sri Aman pada setiap tahun.

“Program Jom Berambeh Raya 2010 ini merupakan satu penghargaan kepada semua ahli di atas sumbangan mereka terhadap Persatuan Sinar Budaya Sri Aman semenjak ia ditubuhkan setahun yang lepas.

“Oleh itu sumbangan para ahli telah diraikan menerusi majlis ulangtahun yang diadakan menerusi program berkenaan demi memotivasikan peranan mereka terhadap persatuan selepas ini,” menurut beliau.

Persatuan Sinar Budaya Sri Aman kata Suhaili juga telah mengecapi banyak kejayaan semenjak ia ditubuhkan pada lepas antaranya ialah ketika upacara perbarisan dan perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sarawak di Sri Aman sebelum ini.

Kejayaan kata merupakan satu perkembangan positif untuk Persatuan Sinar Budaya Sri Aman dalam merencana dan mengadakan pelbagai aktiviti bersifat kebudayaan pada masa akan datang.

“Paling penting ialah semua ahli mewujudkan hubungan kerjasama di antara satu sama yang lain dalam menjayakan setiap aktiviti anjuran Persatuan Sinar Budaya Sri Aman dari masa ke semasa,” katanya.

Program Jom Berambeh Raya 2010 telah dirasmikan oleh Penasihat Teknikal Persatuan Sinar Budaya Sri Aman iaitu Dolhan bin Haji Tahir.

Tamat.

No comments:

Post a Comment